“Mak Ayah Tak Pandai Video Call..,” Drama Air Mata Di Pagi Aidiladha Bikin Sebak Ramai

Setiap kali tibanya hari raya, ibu bapa di kampung pasti ternanti-nanti kepulangan anak mereka.

Namun, situasi itu mula berubah selepas pndemik Cvd-19 melanda negara sejak lebih tahun lalu.

Begitu juga kisahnya dengan Hairulanita Abd Rahman, 39, yang sebak apabila tidak dapat pulang meraikan Hari Raya Aidiladha di kampung halamannya di Seri Merlong, Rengit, Batu Pahat, Johor pada Selasa lalu.

Mesra disapa Kak Ita, dia bagaimanapun ada membuat kejutan istimewa untuk ibu bapanya, Marlan Taslin, 76, dan Habibah Ngadol, 60, sebagai pengganti diri pada hari mulia itu.

“Mak ayah di Batu Pahat, saya pula di Johor Bahru. Cuma berbeza daerah, sekarang tak boleh nak merentas daerah. Dah beberapa bulan saya tak balik jumpa mereka.

“Jadi saya cakap kepada suami, apa kata kita bagi kejutan untuk mak ayah? Niat untuk jadikan sebagai kenangan untuk mereka, untuk tunjuk penghargaan kepada mak ayah.

“Tiada niat nak menunjuk. Cuma nak simpan sebagai kenanan. Ia merupakan hadiah daripada saya dan suami sebabnya sejak raya puasa tak dapat jengkuk mereka,” ujarnya.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia juga sebak selepas menyaksikan video ketika kedua ibu bapanya menerima jambangan kejutan itu pada Selasa.

Menurut Kak Ita, dia gagal menahan air mata selepas melihat wajah kedua ibu bapanya yang tersentuh dengan pemberian itu.

“Rangkaian kat kampung tak OK, mak pula tak pandai buat video call. Jadi dah lama saya tak dapat tengok muka dia. Call biasa je setiap hari.

“Bila orang yang buat khidmat kejutan tu bagi video ketika dia hantar jambangan duit, saya terus menangis. Mak memang seorang yang cepat tersentuh hati.

“Ayah pula memang relaks macam tu. Cuma touching bila tengok mak. Selama ni contact dapat dengar suara je.

“Selepas dapat kejutan tu, mak ada call saya dan dia menangis. Dia risau akan kami sekeluarga,” ujarnya lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

Be the first to comment on "“Mak Ayah Tak Pandai Video Call..,” Drama Air Mata Di Pagi Aidiladha Bikin Sebak Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*