Kambing Dijerk4h Keluar Tak Pakai Mask, “Tak Sempat Dia Nak Bagi Alasan”

Umum sedia tahu akan SOP yang perlu dipatuhi orang ramai di musim pandemik hari ini. Antaranya keluar rumah jika hanya perlu, pakai topeng penutup hidung dan mulut, elak tempat sesak dan banyak lagi. Semua ini perlu dipatuhi bagi mengelakkan dari penularan v1rus Cov1d-19 dari terus berlaku.

Namun begitu, lain pula halnya yang terjadi dalam video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok ini. Manakan tidak, dalam rakaman ini bukan manusia yang ditegur buat hal, tapi haiwan! Dalam rakaman tersebut kelihatan sekumpulan kambing sedang berjalan.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lengkap berpakaian seragam menegur kambing itu dengan bertanyakan mana mask mereka. Terus ditengking kambing itu disuruh balik. Terkejut dengan suara tersebut sekumpulan haiwan itu terus melarikan diri. Berikut adalah rakaman kambing dijerk4h keluar tak pakai mask ini:

Perkongsian rakaman kambing dijerk4h keluar tak pakai mask yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dengan nama akaun @muhdsyukur_02 ini telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dan hampir 100 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen perkongsian tersebut seperti berikut:

“Tak sempat nak bagi alasan bang. Dah kena marah”

“Kena jerkah sekali terus balik. Kalau manusia kena jerk4h lagi melenting nak melawan, esok lusa datang lagi”

“Mengapa aku rasa terhibur ni…”

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Kambing Dijerk4h Keluar Tak Pakai Mask, “Tak Sempat Dia Nak Bagi Alasan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*