“Handsome S4ngat..”Foto Afwa Tiga Bulan Buat Wargamaya N4ik Ger4m!

Bersempena Hari Arafah semalam, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut berkongsi sekeping gambar terbaru anak keduanya, Muhammad Afwa yang kebetulan menyambut usianya tiga bulan semalam.

Menerusi Instagramnya, Datuk Siti turut memberitahu si comel buah hati kesayangan mereka itu kini sudah pun berusia tiga bulan selepas dilahirkan pada 19 April lalu.

“Alhamdullillah, 3 bulan dah anak ibu hari ni. Masya’allah Tabarakallah,” ujar Siti ringkas.

Bersempena Hari Arafah semalam, Siti turut memanjatkan doa buat kedua-dua anaknya agar menjadi anak soleh dan disayangi semua.

“Muhammad Afwa,

“Anakku. Semoga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan hati serta disayangi seluruh makhluk Allah dilangit dan dibumi. Aamiin ya rabb #doaibu #doaarafah,” tulis Siti.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Makin comel dan bambam

Namun apa yang menjadi perhatian wargamaya adalah gambar Afwa yang semakin bambam sehinggakan wargamaya naik geram.

Mirip abang Asyraf

Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan Afwa semakin mirip abangnya Asyraf juga anak buahnya, Ariff.

Semoga Afwa terus membesar dengan sihat malah menjadi anak soleh dan disayangi semua.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: CTDK

Be the first to comment on "“Handsome S4ngat..”Foto Afwa Tiga Bulan Buat Wargamaya N4ik Ger4m!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*