Gelagat Atvk Bermain Dengan Cucu Bikin Terhibur, “Dulu Susah Senyum…”

Jika nak dibandingkan di antara anak dan cucu, pastinya ramai yang setuju bahawa cucu lah yang selalu menjadi keutamaan berbanding anak. Sama juga macam situasi yang dikon gsikan ini tentang gelagat seorang atuk bersama cucu-cucunya itu.

Lelaki ini berkongsikan perubahan ayahnya selepas menerima cucu di dalam keluarga mereka. Malah ayahnya juga siap bermain dengan cucu-cucu di rumah mengalahkan seorang kanak-kanak berbeza dengan keadaannya sebelum ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu berkongsikan gelagat atuk dan cucu yang sedang sibuk bermain di dalam rumah. Menurutnya, sebelum ini ayahnya adalah seorang yang susah untuk senyum mahupun ketawa tetapi kini semuanya berubah.

Turut dapat dilihat, dua orang kanak-kanak yang sedang bermain dengan si atuk yang turut sama membawa pistol mainan di tangannya. Lebih melucukan, mereka siap berlakon seolah-olah sedang di dalam pepera4ngan bersama pihak mvsuh.

Bukan sahaja siap membawa p1stol mainan, gelagat atuk yang bersungguh-sungguh berlakon juga turut sama mencuit hati netizen. Sehinggakan ada yang berseloroh tidak pasti yang mana satu atuk dan yang mana satu cucu melihatkan pada gayanya ini.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama dapat relate dengan situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang pernah melalui situasi di mana para cucu lebih diutamakan oleh ibu bapa mereka berbanding anak-anak.

“Parents lebih sayang cucu dari anak sendiri.”

“Abah saya pencen polis tegas tapi sporting, garang ada masanya. Tapi dengan cucu buat lah apa pun atuk tak marah…”

“Bila dapat atuk yang macam ni kadang-kadang tertukar mana cucu mana atuk.”

“Kalau dengan anak nak makan sesuatu dah terlepas takde nak patah balik. Kalau dengan cucu, sanggup patah balik ni…”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: hcl

Be the first to comment on "Gelagat Atvk Bermain Dengan Cucu Bikin Terhibur, “Dulu Susah Senyum…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*