Digelar D4jal & Makan Duit H4ram Ebit Lew Nafi Bawa Duit Rakyat Malaysia Masuk Gaza

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menunaikan janji apabila muncul memberi pencerahan dan penjelasan terhadap tohmahan yang dilemparkan kepadanya mengenai misi kemanusiaan yang dijalankan di Gaza, P4lestin baru baru ini.

Memakai jubah berwarna biru, Ebit yang muncul lebih setengah jam daripada waktu dijanjikan menerusi Live Instagram dan Facebook menegaskan terpaksa membuka mulut selepas menerima banyak hin4an sehingga menganggu anak dan isteri termasuk keluarga seperti arw4h bapanya.

“Saya ulang balik ya, saya minta maaf. Ada yang gelar saya D4jal, bab*. s3tan, buang kupiah. Macam macamlah. Mereka gelar saya d4jal. Saya terluka jugalah.

“Sampai ada yang hantar DM pada anak, isteri saya. Jadi saya dapat nasihat daripada ramai juga pihak termasuk yang akrab dengan saya, saya jawab lah persoalan semua hari ini,” kata Ebit.

Ebit kemudian menyebut dua individu yang banyak menyentuh namanya mengenai misi di Gaza iaitu rapper Caprice dan rakyat Malaysia yang menetap di sana yang juga merupakan Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al Nuri.

Menurutnya perkara pertama yang suka untuk dijelaskan adalah mengenai d4kwaan terkait dana atau duit yang bawa dari Malaysia masuk ke Gaza sebagai sumbungan.

“Saya tak pernah buka Tabung Gaza. Memang tak pernah. Niat saya hanya nak tolong. Saya tak buka Tabung Gaza. Tak pernah, yang buka Tabung Gaza ini orang lain, bukan saya,” ujar Ebit.

Beliau kemudian menambah: “Ramai yang ingat saya juga bawa duit dari Malaysia. Duit Malaysia. Tak ada juga. Saya tak ada Tabung Gaza. Saya pakai duit saya sendiri semuanya. Semua duit saya.”

Sebaliknya, Ebit mahu Nadir menjelaskan di mana duit sumbangan atau dana yang didakwa kononnya bernilai RM20 juta kerana dirinya tidak tahu dan tidak pernah membawa duit Malaysia masuk ke Gaza.

“Saya juga nak tahu, ke mana perginya duit RM20 juta itu, sebab saya tak tahu dan tak ada bawa duit itu,” tegasnya.

Dengan penjelasan tersebut, Ebit berharap agar beliau dapat menjawab persoalan bersifat fitn4h kepadanya apabila ramai yang mend4kwa dirinya penunggang agama dan memakan duit h4ram.

Disaksikan lebih 200, 000 yang menonton live yang masih lagi berlangsung, Ebit bagaimanapun dengan tenang mengatakan sudah memaafkan semua pihak yang memfitnah dan salah faham terhadapnya.

Semalam Ebit membuat laporan polis berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap beliau oleh beberapa individu kebelakangan ini.

Ebit memaklumkan beliau difitnah dalam 1su yang tular kebelakangan ini dan akan membuat penjelasan lanjut dalam satu sidang media.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Digelar D4jal & Makan Duit H4ram Ebit Lew Nafi Bawa Duit Rakyat Malaysia Masuk Gaza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*