“Anak Liat Nak Hantar, Sibuk Main Game!” -Sed!h Lihat Pakcik Tercungap2 Tiba Di PPV

Bagi petugas di pusat pemberian vksin (PPV), mereka pasti berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kerenah orang ramai ketika menjayakan proses suntikan vksin Cvid-19.

Selain gelagat takut dicucuk jarum, namun ada juga terselit kisah sedih mengenai orang tua seperti dihadapi oleh seorang petugas wanita yang dikenali sebagai Melia ini.

Dia memuat naik sebuah video di platform TikTok memaparkan luahan hatinya mengenai seorang pakcik yang ‘marah’ dengan si anak sebelum dikongsi semula oleh seorang pengguna Twitter, @areefiy.

“Kalau korang ada adik-beradik yang mcm ni apa agaknya korang akan buat?! I just arghhhhh!,” tulis @areefiy.

Menerusi video berdurasi seminit 50 saat itu, Melia menceritakan tentang pakcik terbabit yang kecewa apabila si anak liat menghantar orang tua tersebut untuk janji temu vksin di PPV.

“Dari pagi suruh anak hantar untuk dos kedua, anak dia kata okay sekejap. Bila tengok dalam bilik, tak bersiap lagi. Tengok lagi, tak bersiap lagi.
“Sampai ke petang tadi, tak siap-siap lagi dan akhirnya pakcik tu pergi sendiri. Sedih, korang tahu tak sedih? Dah la pakcik tu tercungap-cungap.
“Dia cakap ‘anak yang sepatutnya hantar pakcik, tapi sebab sibuk sangat main game sampai lupa. Aku ni duduk tunggu tak siap, aku datang sendiri’. Susahnya alahai..,” katanya.

Malah, Melia sempat memberi pesanan kepada anak-anak agar meluangkan sedikit masa untuk ibu bapa kerana dia teringin berbuat demikian namun apakan daya bapanya sudah tiada.

“Aku ni nak sangat buat benda macam ni, tapi bapa aku dah takde. Sampai pakcik tu cakap ‘memang tak selamat la anak-anak buat bapa macam ni’… Tolong luangkan masa untuk mereka,” ujarnya.

Posting itu diulang kicau sebanyak 19,200 kali dan menerima hampir 20,000 tanda suka selain pelbagai reaksi warganet yang turut kasihan dengan nasib pakcik berkenaan.

Memang kesian tengok warga emas dah kurang tenaga, sanggup pula dia tengok bapa pergi seorang diri. Hargailah orang tua kita sementara mereka masih bernyawa…

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: OMM

Be the first to comment on "“Anak Liat Nak Hantar, Sibuk Main Game!” -Sed!h Lihat Pakcik Tercungap2 Tiba Di PPV"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*