Semakin Awet Muda, Warganet Puji Bad4n Dato’ Siti Nurhaliza Kembali Langs1ng Seperti Anak Dar4

Tanyalah kepada mana-mana wanita, pasti semua mahu tampil cantik kerana kejelitaan itu adalah sesuatu yang sangat sinonim buat kaum hawa.

Setiap wanita mentafsirkan makna jelita mengikut pandangan masing-masing, ada yang menganggap cantik itu apabila memiliki tubuh langsing dan menawan.

Namun, usia dikatakan sering menjadi penghalang buat wanita untuk tampil cantik dan berkeyakinan apatah lagi setelah melahirkan anak.

Terkenal dengan wajah jelita seperti anak patung sewaktu muda remaja namun, setelah menginjak hari tua beliau masih memiliki rupa paras jelita dan bentuk badan menganc4m di usia 40-an.

Melihat pada bentuk badan yang semakin langsing, sulit rasanya untuk tidak jatuh cinta dengan penyanyi idola negara yang digelar sebagai “Malaysian Sweetheart”.

Memuat naik gambar di laman Instagram, Dato’ Siti Nurhaliza kembali mencvri tumpuan ramai apabila penampilannya dikatakan lebih cantik dan berseri dengan bentuk muka yang semakin runcing selepas melahirkan anak kedua.

Kecantikan yang dimiliki dikatakan seperti pakej lengkap apabila bentuk badan penyanyi ini kembali langsing seperti penampilannya ketika remaja.

Perkara itu sekali gus mengejutkan ramai pihak khususnya peminat kerana mengetahui penyanyi kesayangan ramai itu baharu saja melahirkan anak keduanya pada 17 April lalu.

“Sekarang kurus boleh buat cepat je sebab teknolohi dah canggih hahaha”

Penampilan terkini Dato’ Siti Nurhaliza yang semakin langsing selepas melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa sememangnya mencuri tumpuan ramai sehingga ada yang mendakwa penyanyi ini telah menyedut lemak.

Rata-rata peminat mahupun netizen memuji saiz badannya yang kelihatan semakin mengecil dengan hanya beberapa bulan selepas menyambut kelahiran bayi lelakinya.

Meskipun mengimpikan imej terus langsing bak model selepas bersalin itu adalah jarang-jarang berlaku namun tidak mustahil jika seorang ibu mampu mengecil semula jika mengikuti diet dan cara pemakanan yang betul selepas selesai berpantang.

“Aku baru ada anak seorang pun dah muka macam nenek-nenek hmmmm…apa rahsia Tokti makin awet muda ni? 😍 🥰”

Setiap ibu pasti mengidamkan perut yang kempis dan langsing setelah melahirkan namun, apa yang lebih selamat adalah sentiasa menjaga tahap kesihatan dalaman dan luaran kerana kecantikkan itu merupakan sesuatu yang subjektif.

Soal kecantikan itu mungkin sudah menjadi elemen kedua, apa yang lebih penting adalah kesihatan dan kekemasan supaya keyakinan diri sentiasa terserlah.

Apa-apa pun betul-betul awet muda ya muka Tokti, badan dah boleh lawan Rozita Che Wan nampaknya!

 

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Dato’ Siti Nurhaliza

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

Be the first to comment on "Semakin Awet Muda, Warganet Puji Bad4n Dato’ Siti Nurhaliza Kembali Langs1ng Seperti Anak Dar4"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*