Walaupun Dikomp4un Kerana Langg4r SOP, Hafiz Mahamad Tetap Bahagiakan Pekerja Dengan Pemberian Bonus

Majikan yang prihatin dan pemurah memang disukai ramai.

Ciri-ciri itu ada pada usahawan Hafiz Mahamad yang sentiasa ingin memberikan yang terbaik buat para pekerjanya.

Namun baru-baru ini, Hafiz telah tular dengan video yang berkisarkan tentang alasan yang diberi untuk rentas negeri.

Rentetan itu, beliau dikhabarkan telah dikomp4un kerana mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Pada 5 Mei 2021, usahawan tersebut telah memuat naik satu hantaran di Instagram beliau.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Video berkenaan menunjukkan Hafiz sebagai majikan telah membuat kejutan kepada para pekerjanya dengan memberi bonus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka bakal disambut pada 13 Mei 2021.

Hafiz menjelaskan tentang tindakannya pada ruangan caption.

“Saya Surprise staff, Bonus sebulan gaji Raya untuk staff

Menit1s A1r M4ta semua staff

Dari dulu kalau boleh, saya nak sangat bagi Bonus sebulan/2 bulan Gaji 2 kali setahun pada staff saya

Awal ramadhan haritu, selepas berjemaah solat Zuhur. Saya nampak muka mereka penat kerja mungkin bukan bulan puasa kan

Bila saya nampak keadaan tu, saya terus bgtau kalau mereka semangat lagi & kita capai target untuk bulan ni. Saya nak bg surprise..”

Menurut beliau, pemberian kali ini adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya.

“Raya sebelum ni, saya hanya bg Token (duit raya), handbag & pakaian raya. Alhamdulilah banyak kita bagi tapi “Bonus Sebulan Gaji untuk raya” tak pernah

Alhamdulilah berkat ramai yg doakan & sayang @ainaabeautyofficial , saya gunakan hasil untuk mereka ni tersenyum”

Hafiz juga menyatakan sebab pemberian tersebut.

“Tujuan saya bg bonus ni pun, sebab kita tak boleh “beraya” PKP kan? Dari sudut baik, bila bg bonus ni. Mereka boleh menyimpan & jimat

Untuk saya, Saya yakin yg kita boleh berjaya atas usaha sendiri tapi “kita akan lebih maju & lebih berjaya jika kita bersatu”.”

Majikan contoh!

Itu yang boleh dikatakan buat usahawan ini atas kecaknaan beliau kepada pasukannya.

Walaupun dirinya telah dikenakan komp4un sebelum ini, namun Hafiz tetap mahu melihat para pekerjanya tersenyum bahagia dengan pemberian bonus berkenaan.

Semoga teladan baik ini dapat dicontohi oleh para majikan lain.

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HotFM

Be the first to comment on "Walaupun Dikomp4un Kerana Langg4r SOP, Hafiz Mahamad Tetap Bahagiakan Pekerja Dengan Pemberian Bonus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*