“Setiap Kali Orang Cakap Sabarlah… Sampai Rasa Nak Cakap Boleh Diam Tak?,” – Datuk Nora Kongsi Erti Kehilangan

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin ada berkongsi cerita mengenai pengalaman dirinya setelah hampir 5 tahun bergelar ibu tunggal.

Eksklusif menerusi program YouTube Media Hiburan, Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Wan Ariffin berkata bukan satu perkara mudah untuk menempuhi ujian kehilangan suami serta anak untuk selamanya.

“Bukan mudah sebenarnya walaupun nampak saya ketawa, senyum. Jadi bila dia tak ada tu, saya rasa macam hidup ini dah tiada harapan.

“Bila setiap kali orang cakap sabarlah, kadang-kadang sampai rasa nak cakap boleh diam tak?  Sebab kita selalu dengar perkataan tu tapi orang tak faham.

“Anda tak akan faham sampai anda lalui benda itu sendiri. Saya pun tak faham sebab saya tak pernah laluinya sebelum ini.

“Tapi bila saya sudah hadapi, saya belajar macam mana untuk menerima itu semua. Saya juga belajar satu benda iaitu apa benda yang kita ada, suami kita, kita sayang suami kita kan. Siapa yang tak suami? Siapa yang tak sayang isteri?

“Tapi kita kena faham bahawasanya hakikat hidup kita apa yang kita miliki semuanya pinjaman. Allah akan menguji dengan apa yang kita sayang,” katanya.

Imbas kembali, Nora mendirikan rumah tangga bersama komposer terkenal, Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Arw4h Johan telah menghembuskan naf4s terakhir pada 24 Mac 2017 akibat ser4ngan s4kit jantvng.

Selepas itu, anak keduanya Muhammad Syakir Alif men1nggal dun1a pada 14 Disember 2019 ketika usia 20 tahun.

Mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Nora? Ikuti video penuhnya di sini ;

Be the first to comment on "“Setiap Kali Orang Cakap Sabarlah… Sampai Rasa Nak Cakap Boleh Diam Tak?,” – Datuk Nora Kongsi Erti Kehilangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*