Hantaran IG Story Mengundang Kec4man, Netizen Bertelagah Pertahankan Siti Nurhaliza

Bermula dengan isu ‘double standard’ layanan yang diberi ketika melahirkan anak kedua baru-baru ini, nama penyanyi nombor 1 Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza terus terpalit dengan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Rentetan itu, beliau yang juga mesra disapa Tok Ti terus mencetuskan kontrov3rsi apabila majlis tahnik yang diadakan untuk bayi lelakinya, Muhammad Afwa turut mengvndang kec4man setelah ia dihadiri oleh penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Bagaimanapun, Tok Ti telah menjelaskan mengenai perkara tersebut melalui satu kenyataan media yang dikongsikan di Instagram beliau.

Pada 4 Mei 2021, penyanyi itu telah memuat naik satu Instagram (IG) story menerusi akaunnya.

IG story tersebut memberitahu rasa hati Tok Ti yang mengatakan dirinya sedang berhadapan dengan ujian dan ia membawa pahala secara percuma untuknya.

Namun hantaran itu telah menimbulkan rasa kurang senang seorang pengguna di Twitter.

Setelah itu, wujud perbalahan pengguna-pengguna akaun Twitter yang memihak kepada Tok Ti, dan ada yang menyelar tindakan penyanyi tersebut.

Malah, nama selebriti Noor Neelofa turut dikaitkan dengan gelaran ‘jahlopah’.

Dasyat juga kec4man yang diterima Tok Ti walaupun beliau sudah menjelaskan situasi sebenar untuk menjernihkan keadaan.

Semoga beliau baik-baik saja melalui tempoh berpantang dengan tenang.

 

Sumber: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Twitter

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM

Be the first to comment on "Hantaran IG Story Mengundang Kec4man, Netizen Bertelagah Pertahankan Siti Nurhaliza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*