Gadis Men4ngis Dapat Parcel Kerepek Buatan Ibu, “Tak Dapat Balik…”

Ramai yang sudah pasrah menerima hakikat tidak dapat pulang beraya untuk tahun yang kedua kali ini. Dalam masa beberapa hari lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri jadi sudah tentu pelbagai persiapan sudah dibuat.

Bagi kebanyakan anak bujang yang merantau jauh dari kampung, pastinya telah menerima kiriman hari raya dari keluarga di kampung. Sama seperti yang dikongsikan gadis ini yang menerima kiriman kerepek raya buatan ibunya sendiri.

Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pelan YES PRIHATIN Telefon Dan Data Percuma Untuk Rakyat B40!

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis ini berkongsikan momen dia menerima kiriman istimewa itu. Sebaik saja membuka parcel itu, dia melihat beberapa bungkusan kerepek yang dikirimkan ibunya.

Lebih menyentuh hati, kerepek tersebut dibuat sendiri oleh ibunya di kampung. Gadis itu juga sempat mencuba sendiri kerepek pisang itu namun kemudian berasa sebak kerana rindukan masakan ibunya selepas sekian lama.

Gadis tersebut memberitahu dia menetap di Shah Alam seorang diri dan sudah dua tahun tidak dapat pulang beraya di kampungnya. Bukan saja gadis ini malah netizen juga turut sama sebak melihat kiriman yang dihantar dari kampung itu.

Ada juga yang tumpang bersimpati dengan nasib yang dialami gadis ini yang juga merupakan anak bongsu di dalam keluarganya. Tidak kurang juga yang turut mengalami nasib yang sama apabila terpaksa beraya seorang diri tahun ini.

“Nak ikut nangis sekali.”

gadis menangis

“Saya pun baru dapat parcel dari mak. Simpan dalam kotak lagi tak sanggup nak makan.”

kerepek

“Mak pos kuih raya dari kampung dengan ucapan kuih raya pengganti mak dan ayah.”

komen

“Sedih kan. Saya hantar kat kampung kuih raya. Sangat rindu mereka di kampung.”

tik tok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Gadis Men4ngis Dapat Parcel Kerepek Buatan Ibu, “Tak Dapat Balik…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*