Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan Bersuara Tentang Isu Neelofa Dan Suami

Neelofa dan suaminya, PU Riz boleh dikompaun RM50,000 seorang jika terbukti masing-masing mengulangi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan Covid-19.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kadar kompaun boleh mencecah sehingga RM50,000 seorang, jika individu didapati masih berdegil mengingkari SOP yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Mengulas berkenaan isu selebriti dan suami yang didakwa merentas negeri ke Pasar Borong Nilai 3, Negeri Sembilan, Musa berkata jika siasatan polis mendapati selebriti itu berbuat demikian bukan atas keperluan, maka saman perlu dikenakan.

“Dalam kes Neelofa, jika benar dia rentas negeri bukan ada keperluan jadi dia yang degil. Jika degil polis akan ambil tindakan saman.

“Kita cuba nak kurangkan wabak Covid-19, sekatan dibuat untuk elakkan wabak tersebar lagi luas. Makanya jika degil tindakan perlu diambil.

“Kompaun boleh dinaikkan sehingga RM50,000 seorang jika disabitkan kesalahan. Jadi jika dia (Neelofa) pergi berdua (dengan suami) maka RM100,000,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost.

ta hukuman penjara tidak boleh dijatuhkan sewenang-sewenangnya, jika individu tersebut tidak melakukan kesalahan jenayah.

Beliau berkata, jika ada netizen yang mempersoal denda dan hukuman penjara yang dikenakan kepada pasangan instafamous kerana memberi maklumat palsu bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri, ia adalah dua perkara berbeza.

“Semua kena faham, jika memalsukan dokumen perjalanan itu sudah dikira jenayah. Memang akan dipenjara kerana ia kes jenayah,” katanya.

Terdahulu, video berdurasi 15 saat dimuat naik Neelofa di Instagram (IG) Story, memaparkan dirinya dan suami berada di kedai menjual permaidani dipercayai di Pasar Borong Nilai 3 di Nilai, Negeri Sembilan.

Namun begitu, semakan di Instagram Neelofa mendapati video tersebut telahpun dipadam.

Beberapa pengguna Twitter turut mendakwa melihat pasangan terbabit di Nilai 3, sekali gus menghangatkan lagi spekulasi mereka melakukan kesalahan rentas negeri.

Neelofa dan PU Riz sebelum ini masing-masing dikompaun RM20,000 dan RM10,000 atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB.

Pada 20 April lalu, selebriti media sosial dan suaminya masing-masing dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah memberi maklumat palsu bagi mendapatkan kebenaran rentas negeri untuk berbulan madu.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu selepas Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 25, dan Azharique Shah Abdul Jalil, 23, mengaku bersalah terhadap tuduhan. – Malaysiapost

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://mediabawang.net/ 

Be the first to comment on "Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan Bersuara Tentang Isu Neelofa Dan Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*