Pandai Masak & Bijak, Wanita Minta Wang Hantaran Lebih RM100K

Kalau bercakap tentang wang hantaran, biasanya ia melibatkan persetujuan di antara pihak perempuan dan lelaki. Ada juga yang terlebih dahulu menetapkan jumlah tertentu untuk wang hantaran dan bergantung pada kedua-dua belah pihak. Baru-baru ini pula, seorang wanita membuat pengakuan di mana dia mahukan wang hantaran lebih RM100,000 untuk dirinya.

Video tersebut tular dikongsikan di Tik Tok di mana ianya telah menerima lebih tiga juta tontonan setakat ini tidak sampai sehari dikongsikan. Oleh kerana nilai wang hantaran yang sangat tinggi, perkongsiannya ini juga mempunyai pelbagai reaksi dari netizen namun wanita ini mempunyai sebab-sebabnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shitpost Nakal Se Indonesia 🇲🇨 (@kenakalanhqq)

Menerusi video yang dikongsikan ini, wanita ini berkongsikan sebab-sebab kenapa dirinya layak menerima wang hantaran sebanyak 500 juta rupiah atau bersamaan RM141,684. Antara sebabnya ialah dia merupakan pelajar pintar dan mempunyai rekod akademik yang sangat cemerlang malah selalu menerima undangan sebagai motivator.

Tidak hanya latar belakang akademik yang membanggakan, wanita ini juga hebat memasak dan mampu memasak pelbagai jenis hidangan sama ada masakan Barat atau masakan Indonesia. Wanita ini juga mempunyai perniagaan makanan sejuk beku sendiri yang agak berjaya. Di ruangan komen, ada juga yang memuji kejayaan yang dimiliki wanita ini dan mengakui dia sememangnya layak untuk meletakkan wang hantaran yang tinggi.

“Isteri idaman.”

pandai masak

“Tak salah minta macam tu sebab memang layak…”

wang hantaran

“Jangan fokus pada jumlahnya padahal memang prestasinya banyak..”

komen

“Kamu berhak mendapat lelaki yang lebih dan lebih.”

tik tok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Pandai Masak & Bijak, Wanita Minta Wang Hantaran Lebih RM100K"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*