“Kurang ajar dilihat kasar layan suami” ini ayat slamber Ain Edruce

 

Walaupun sarat pada usia kehami1lan mencecah 32 minggu, pelakon dan pengacara, Ain Edruce akhirnya membuka mulut apabila dilabel ‘kurang ajar’ atau dilihat kasar melayan suami beliau, Amirul Hafizz Mustaffa.

Menurut Ain, tidak timbul isu kurang ajar kerana beliau sendiri mengenali suaminya itu yang dilihat sangat tegas jika dibelakang tabir.

“Korang kena tahu pasal Amirul, Amirul seorang yang sangat tegas. Untuk Ain rude atau kurang ajar itu benda itu takkan terjadi. Sebab Ain pun takut dengan dia. Cuma Ain tahu kelemahan dia, bila buka kamera atau video dia akan jadi pendiam…”

VIDEO :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Tambahnya lagi, jika ada tindakan Ain yang dianggap ‘biadab’ atau keterlaluan, Amirul akan terus menegurnya. Sebagai contoh, jika isi kandungan saluran Youtube mereka dianggap seakan-akan tidak sesuai, suaminya itu akan memberikan pendapat berkenaan ‘content’ tersebut.

Ain Edruce atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 29, memberitahu sekiranya suaminya itu tidak kisah dengan apa yang dipertontonkan di saluran Youtube mereka yang kononnya dilihat biadab ataupun kurang ajar, maka semua peminat beliau dan netizen di luar juga tidak perlu kisah dan ada masalah dengan isu terbabit.

VIDEO :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

“Ain percaya sekiranya suami Ain tidak kisah dengan isu terbabit, netizen pun tidak perlu ada masalah lah.. Ain dengan Amirul okay je, happy je..”

Ketika ditemui ketika sesi fotografi di Sri Pentas, TV3, Ain bagaimanapun sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mendoakan perjalanan karier seni beliau selama ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.xtra.com.my/trending/ain-edruce-buka-mulut-isu-dilabel-kasar-layan-suami/

Be the first to comment on "“Kurang ajar dilihat kasar layan suami” ini ayat slamber Ain Edruce"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*