Ezylnn mula buat laporan polis untuk sama Ryan Ricmal dan Jabatan Netizen Negara

Penyanyi Ezlynn, 39, membuat laporan di Balai P0lis Dang Wangi, bagi menafikan pembabitannya bersama seorang pelakon lelaki yang terbabit dalam kegiatan h4ram seperti yang tular ketika ini.

Pada masa sama, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin akan memfailkan saman terhadap dua pihak iaitu pemilik akaun Facebook Ryan Ricmal dan Jabatan Netizen Negara Official yang dikenal pastu menular dokumen terbabit yang mencemar imej dan menjatuhkan maruahnya.

Terdahulu, tular dokumen mengaitkan Ezlynn dan seorang pelakon sebagai pihak yang terbabit bekerjasama dalam menjalankan aktiviti pengubahan wang haram bersama lelaki itu.

“Selepas membuat laporan, saya ke Balai Polis Damansara untuk bertemu Pegawai Penyiasat bagi merakamkan keterangan.

“Polis menafikan dokumen itu daripada mereka dan hairan bagaimana ia boleh tersebar secara meluas di media sosial. Apa yang dilakukan ini kerana saya nak ambil tindakan saman,” katanya.

Menurutnya, polis berjanji akan menyiasat kes ini secara profesional supaya keadilan berpihak kepadanya.

“Saya juga beri kenyataan saya dan sudah ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta diberikan kenyataan yang lengkap dalam kes ini. Mereka berpuas hati dengan keterangan yang diberikan,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye ini berkata, nama-nama mereka turut disebut dalam laporan polis yang dibuat.

“Tujuan saya sebagai pengajaran supaya jangan sebarkan perkara yang tak betul. Saya cuma nak mereka minta maaf secara terbuka kepada saya sebelum saya bergerak ke fasa selanjutnya iaitu saman sivil.

“Sebelum itu, saya beri peluang mereka buat permohonan maaf terbuka dulu dalam masa 48 jam. Mereka juga kena padam status berkenaan perkara ini.

Ezlynn berkata, seorang lagi pemilik akaun Facebook iaitu seorang wanita dari Perlis sudah mengemukakan permohonan maaf menerusi suaminya dan dia menganggap perkara ini selesai.

SUMBER: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/04/17/buat-lap0ran-p0lis-ezlynn-nak-saman-ryan-ricmal-dan-jabatan-netizen-negara/  

Be the first to comment on "Ezylnn mula buat laporan polis untuk sama Ryan Ricmal dan Jabatan Netizen Negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*