Terima Banyak Komen Neg4tif Sebagai Pengacara Famili Duo, Uyaina Arshad Hampir ‘Tarik Diri’

Siapa yang pernah menonton program realiti nyanyian terbaharu, iaitu Famili Duo yang sedang bersiaran selama lapan episod di saluran TV3, pada ahad malam pasti tahu bahawa pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad telah dipilih menjadi hos untuk rancangan berkenaan.

Namun disebalik keterujaan Uyaina mengacarakan program tersebut, ada pula komen-komen ped4s yang diterima ketika mengacarakan program Famili Duo, yang mengatakan dirinya tidak sesuai mengacarakan rancangan tersebut sehingga terdetik rasa beliau untuk menarik diri.

UYAINA kekalkan prinsip berusaha sehingga berjaya.

Menurut Uyaina, beliau membaca setiap teguran dan komen negatif yang diberikan itu, bagaimanapun mengakui menjadikannya pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri.

“Saya membaca kesemua komen diberikan. Saya menerima segala komen negatif dan positif sebagai pembakar semangat. Saya mohon diberikan ruang untuk memperbaiki diri dan berharap kekal bersama saya dalam perjuangan ini.

“Mengacarakan program secara berseorangan tidak mudah. Banyak yang perlu saya belajar, walaupun ada terdetik rasa patah semangat dan nak tarik diri ketika membaca komen-komen yang diberikan itu,” katanya.

Bakat Menyerlah Di Indonesia, Uyaina Arshad Takkan Lupakan Tanah Air | Gempak

Enggan membiarkan komen negatif mematahkan semangatnya, Uyaina memohon sokongan daripada semua pihak untuk melihat dirinya bangkit dan terus berjaya.

“Jika dilihat pengacara hebat tanah air pun pernah menjadi ‘orang baru’ dan mereka juga jadi bagus secara berperingkat. Saya harap saya juga begitu.

“Bagi saya proses untuk menjadi bagus bukan mudah. Apa yang saya lalui sekarang adalah proses pembelajaran. Doakan kejayaan saya,” katanya.

Uyaina Arshad, Didie Alias & Mark Adam Hangatkan Program Realiti Nyanyian Keluarga, Famili Duo!

Famili Duo adalah program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian famili dengan menampilkan 40 pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bersama ahli keluarga mereka.

Selain menyaksikan pembabitan Uyaina sebagai pengacara, program terbabit turut menampilkan Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri tetap.

Kami di Hot FM mendoakan supaya Uyaina tidak patah semangat dan terus percayakan kebolehan diri.

Sumber : Harian Metro

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM