Spekvlasi Hubungan Noor Nabila & Engku Emran, Sekali Ini Reaksi Sharnaaz Ahmad Buat Ramai Terkejvt

Pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, enggan mengulas lanjut mengenai spekvlasi yang melibatkan bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran.

Ketika dihubungi Gempak, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata itu adalah hak Nabila jadi lebih baik untuk dia tidak mencampuri urusan berkenaan.

“Saya tak nak komen apa-apa. Itu hak Nabila,” katanya secara ringkas.

Sebelum ini, sebuah portal hiburan mendkwa kakak kepada usahawan Neelofa itu sudah bertunang dengan Engku Emran iaitu bekas suami kepada bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Chintya Bella.

Baru-baru ini, Engku Emran didakwa berada di rumah Nabila ketika sesi usrah bersama Ustaz Wadi yang juga disertai ahli keluarga yang lain.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercer4i pada 9 Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia dua tahun setengah.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: GEMPAK