Gerai Minuman Diser4ng, Shuk Dislndir Tiada Kerja

Pelawak dan pengacara kontr.oversi, Shuk Sahar akui terke.jut selepas dise.rang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika sedang berniaga air di tepi jalan di Wangsa Maju.

Memetik Utusan Online, Shuk berkata ketika kejadian dia bersama pembantu peribadinya Iskandar Nurzaman, didatangi seorang lelaki menaiki Myvi putih yang disangkakan mahu membeli minuman.

Shuk juga mend.akwa dia turut dis.indir oleh pemuda itu mencari rezeki dengan cara tersebut selepas kehilangan kerja

“Dia memberhentikan kenderaanya di depan gerai, tetapi dari awal lagi saya sudah rasa pelik, dia pegang telefon seolah-olah sedang merekod video. Saya dan Iskandar tanya dia mahu beli minuman yang mana sebelum tiba-tiba dis.indir oleh lelaki itu.

“B.erang dengan tindakannya, Iskandar cuba mempertahankan saya sebelum lelaki tersebut bertindak ag.resif dan cuba mem.ukulnya.

“Saya cuba halang dan mungkin kerana tidak puas hati, dia kemudiannya menolak barangan jualan di meja sebelum pergi begitu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Shuk tertanya-tanya apakah motif sebenar lelaki tersebut dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

“Saya sempat tengok nombor plat keretanya tetapi tak akanlah saya nak sebarkan pula. Buat masa sekarang, saya tengok dulu macam mana, kalau perlu buat laporan polis, mungkin saya akan pergi ke balai.

“Saya cuma nak tahu kenapa dia tergamak buat begitu dan apa niatnya sebab seolah-olah dia memang mahu cari pasal sejak dari awal,” katanya

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: rotikaya