“Tanpa Niat Ingin Sembunyi, Kami Cuma…” Yusry Sahkan Lisa Surihani Hamil Anak Ketiga

Persoalan diutarakan peminat berkaitan bentuk fizikal pelakon Lisa Surihani akhirnya terjawab setelah suaminya mengesahkan beliau hamil.

Perkara itu diberitahu pelakon dan pengarah Yusry Abdul Halim melalui satu hantaran di Instagram pada 24 Februari 2021.

Melalui caption, Yusry menjawab persolan ramai:-

“Assalamualaikum. BismillahiMasyaAllah. Selepas upload gmbr sempena ulangtahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa yang berteka teki sama ada isteri saya mengandung. Pd hari ini , ada reporter mintk pengesahan. Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan dgn fikiran, mungkin kali ini, “tk perlu utk pengumuman, lambat laun, orang akan tahu juga”. Anugerah minhah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla, dan ia sudah dikongsikan di kalangan keluarga dan rakan rapat.”

Beliau berkata, berita gembira itu sudah diketahui awal oleh keluarga dan kenalan terdekat.

Pasangan itu juga menyatakan rasa prihatin terhadap pasangan-pasangan suami isteri lain yang masih menanti zuriat:-

“Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama utk mendapatkan zuriat. Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui, dan kami mendoakan mereka , moga doa mereka dimakbulkan , Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka. Tambahan pula, dalam keadaan pandemik ini, byk lagi masalah negara dan keluhan rakyat yang perlu dititikberatkan. Moga Allah swt melindungi kita semua. Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan yang baik-baik untuk kami. Stay safe semua.”

Syukur atas berita ini, kami di Hot FM mendoakan semoga kandungan Lisa sihat-sihat saja sehingga tempoh bersalin.

Sumber: Instagram Yusry Abdul Halim

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Hot FM