Khabar Duka Buat Pelakon Riezman Khuzaimi Kehilangan Org Yg Tersayang. Al Fatihah

PELAKON dan ahli perniagaan Riezman Khuzaimi memberitahu ibunya, Siti Fauziah Wan Sheikh menin.ggal dunia kira-kira jam 6.45 petang, Ahad.

Menurut Riezman, 51, jenaz.ah Allahyarham telah dimandi dan dika.fankan di Masjid Bukit Antarabangsa pada pagi Isnin.

“ALLAH lebih menyayangi bonda saya, Siti Fauziah Binti Wan Sheikh, yang telah menghe.mbuskan na.fas tera.khir di alam ini dengan kaliamah syahadah di bibirnya.

“Moga amalan arwah mak dan anak-anaknya yang soleh menjadi penemannya di alam barz.akh sana.

“Semoga ALLAH ampunkan segala dosa-dosa mak, serta tempatkan mak bersama di kalangan orang-orang yang beriman.

“Man minta ampun segalanya… dan tidak akan putus doa dari anakmu ini mak. Man akan sentiasa rindu mak,” tulisnya menerusi akaun media sosial miliknya.

Riezman juga turut meminta agar orang lain mendoakan bondanya.

Berikut sedikit info mengenai Riezman

PELAKON dan ahli perniagaan, Riezman Khuzaimi, 46, menamatkan zaman duda apabila menikahi wanita yang mendapat jolokan ‘Iron Lady’, Datuk Normaziah Sheikh Mohamad, 47, di Shah Alam, Selangor, pada 208

Riezman berkata, mereka tidak berniat merahsiakan majlis berkenaan, sebaliknya ia diadakan secara kecil-kecilan dengan hanya dihadiri kira-kira 40 orang ahli keluarga terdekat.
“Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Cuma majlis nikah kami dibuat secara tertutup bagi menghormati permintaan keluarga masing-masing,” katanya yang sebelum ini menduda selama dua tahun.

Katanya, majlis merisik berlangsung di Shah Alam, pada September lalu selepas hampir enam bulan mengenali hati budi masing-masing.

Mengenai wanita istimewa di hatinya itu, pelakon terbabit menyifatkan Normaziah sebagai insan yang sangat merendah diri biarpun dikenali sebagai usahawan berjaya selain penuh dengan sifat keibuan selain memahami.

“Beliau membuatkan saya tidak berasa canggung apabila berada di sisinya malah pengalaman berdepan kegagalan rumah tangga seperti saya membuatkan kami lebih memahami satu sama lain,” katanya lagi.

Sementara itu, pada majlis pernikahan semalam pengantin lelaki menyerahkan sebentuk cincin bersama mas kahwin berjumlah RM300, tanpa wang dan dulang hantaran.

Terdahulu, Riezman pernah berkahwin dengan pelakon, Kartina Ayub, pada 2001 namun berpis4h pada 2015. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Afiq Kiraman, 13, dan Ruzain Nars, 8.

Kartina pula mempunyai seorang lagi anak daripada perkahwinan terdahulu, Tatiana Batrisya, 21.

PELAKON, Riezman Khuzaimi bersama isteri, Datuk Normaziah Sheikh Mohamad. – Foto Aziah Azmee

Kami sudah ‘senja’ – Riezman

Pelakon, Riezman Khuzaimi, tidak memikirkan soal mendapatkan cahaya mata apabila berkahwin dengan ‘Iron Lady’, Datuk Normaziah Sheikh Mohamad, lebih setahun lalu.

Katanya, beliau dan isteri, yang juga Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia, masing-masing sudah menghampiri usia setengah abad, justeru persoalan mengenai zuriat tidak pernah ditimbulkan.

“Jika diikutkan, saya dan isteri baru saja menyambut cucu. Jadi, kami memang tidak terfikir mengenai persoalan mendapatkan anak. Usia kami pun sudah ‘senja’.

“Saya dan isteri sama-sama genap berusia 48 tahun pada Mac lalu,” katanya yang mengahwini wanita berkenaan pada 15 Disember 2016.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Khabar Duka Buat Pelakon Riezman Khuzaimi Kehilangan Org Yg Tersayang. Al Fatihah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*