“Bagi gula-gula, mereka akan bersyahadah kembali,” Lelaki Ini Dedah ‘Taktik’ Masyarakat Bajau Laut

Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew, semalam telah mencuri perhatian ramai apabila beliau berjaya membawa komuniti suku Bajau Laut atau Gipsi Laut di Semporna Sabah memeluk Islam.

Walau bagaimanapun, di laman Facebook, seorang lelaki yang dikenali sebagai Abu Muhammad Al-Izz, berkongsi tentang realiti sebenar kehidupan masyarakat Bajau Laut (Palaoh) di Semporna ini.

Awalnya gembira berita dari Ebit Lew

Pada awalnya Abu memberitahu mereka berasa sangat gembira apabila mendengar Ustaz Ebit dan pasukannya telah mengislamkan masyarakat Bajau Laut sewaktu mereka datang ke Sabah.

Menurutnya lagi, sebelum ini terdapat pelbagai pihak yang datang ke kampung tersebut untuk menyampaikan dakwah.

Malah, terdapat juga surau dan guru agama yang akan datang mengajar masyarakat di situ. Namun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerjah dakwah itu tergendala.

“Bila dengar Ustaz Ebit Liew dan team datang ke Sabah terutamanya ke Semporna dan ‘mengislamkan sekampung’ group wassap kami rasa gembira.

“Kerana hasil sumbangan dana dari masyarakat beliau terus dan tetap agihkan kembali kepada masyarakat yang memerlukan.

“Kredit kepada para penyumbang dana dalam dakwah amal ini. Kami sebenarnya tidak terkejut. Ramai yang mungkin tidak tahu tentang pola kehidupan Bajau Laut (Palaoh) di Semporna ini.

“Orang Sabah terutamanya di Pantai Timur Sabah terutamanya di kawasan Kunak, Semporna, Lahad Datu tahu sangat tentang kehidupan Palaoh ini.

“Sebelum kedatangan Ust. Ebit Liew dan team, sudah banyak NGO, individu yang datang ke Semporna dalam misi dakwah. Sehinggakan didirikan surau, dihantar guru agama sebagai tenaga pengajar untuk masyarakat sana.

“Semenjak pkp, kerja dakwah tergendala di kawasan tersebut. Tentang pengislaman satu kampung tu, sebenarnya majoriti mereka semua memang beragama Islam.

“Cumanya mereka masih kurang memperaktikkan hidup beragama. Antara sebabnya mereka ini hidup di atas laut. Tidak suka di darat.”

Taktik raih simpati

Namun begitu, Abu turut memberitahu bahawa masyarakat Bajau Laut ini mempunyai taktik untuk meraih simpati orang ramai.

Jika mereka mendapat ‘gula-gula’ dari mana-mana pihak atau individu, mereka akan melafazkan syahadah kembali.

“Mereka jenis mencari rezeki dari sumber laut kemudian jual kpd orang di didarat dan juga ihsan dari para pelancong yang datang ke Semporna.

“Siapa yang pernah pergi melancong di Semporna pasti akan merasa ‘dikerumuni bot’ mereka oleh Palaoh ini untuk diberikan ihsan makanan.

“Kembali pasal pengislaman. Masyarakat palaoh ini jenis suka guna taktik dan kaedah yang sama untuk meraih simpati dari orang ramai supaya diberikan ‘gula-gula’.

“Kedatangan UEL ni bagi masyarakat Palaoh sama sahaja dengan pendakwah yang lain datang.

“Kamu bagi mereka ‘gula²’, mereka akan bersyahadah kembali. Begitu saja berulang dan berulang. Kerajaan bukan tidak membantu mereka dari segi pendidikan, perub.atan dan kebajikan, tapi masyarakat Palaoh sendiri yang memilih cara hidup seperti yang kita lihat hari ini.

“Hari ini mereka sudah ramai berkeliaran di jalan raya di bandar besar Sabah mengemis meminta duit di trafic light. Dengan cara menggendong anak kecil untuk simpati.

“Bukan hanya kanak-kanak malah orang dewasa juga terlibat sama. Apapun, kredit kita berikan kepada UEL dan team dan juga badan-badan NGO, individu atas usaha dakwah yang mereka lakukan di Sabah ini. Teruskan buat kerja amal.”

Sudah banyak usaha dari kerajaan dan NGO

Tambah Abu lagi, sebenarnya dua ada pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dan NGO bagi membantu masyarakat tersebut.

Namun begitu, mereka sendiri yang memilih cara hidup sebegitu dan mengemis di jalan raya.

Rata-rata netizen memberikan reaksi yang berbeza mengenai perkara ini.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: yoy