Suami Ziela Jalil Kongsi Detik Perkenalan Dan Cabaran Berp0ligami

Pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil berkahwin untuk kali kedua dengan pilihan hati, Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar. Perkahwinan dirahsiakan sejak tahun 2019  sehinggalah anak perempuan suaminya mended4hkan hal ini di laman twitter.

Menceritakan detik perkenalan kepada BH Online, Osman berkata, kali pertama bertemu Ziela atas urusan pembelian kereta dan uji pandu.

“Kali pertama saya bertemu dengan Ziela pada 2013 atas tujuan mahu membeli keretanya. Saya datang ke rumahnya untuk melihat keadaan kereta dan uji pandu. Saya setuju membelinya memandangkan keadaan kenderaan ini dijaga rapi dan jenis yang saya inginkan”- katanya kepada BH Online.

Tambahnya lagi, Osman memberitahu, dari perkenalan itu, mereka sering  bertemu dalam majlis agama. malah Osman pernah mengendalikan majlis tahlil untuk arw4h suami Ziela, Allahy4rham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.

Cabaran Berpolig4mi

Bercakap melalui pengalamannya di dalam berpolig4mi, Osman berkata, bukan mudah sebenarnya untuk berpoligami. Namun dia mengakui  masih dalam proses pembelajaran.

“Poligami adalah perkara paling mulia. Tak dinafikan, agak sukar menjadi seorang yang sempurna, tetapi saya akan melakukan yang terbaik, selebihnya saya serahkan pada Allah. Apa yang pasti, hati kedua-duanya isteri perlu dijaga. Justeru, saya perlu bersikap jujur dengan mereka”- ujarnya.

Osman berkata, dia hanya berdoa kepada Allah semoga diberi kekuatan untuk menjadi suami yang baik kepada kedua-dua isterinya. Dan dia bersyukur kerana mempunyai isteri-isteri yang amat memahami perasaannya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Murai MY