Salji Turun di Gurun Sahara, Suhu Cecah -2′ Celsius. Pengkaji Ramal Bila Gurun Sahara Akan Kembali Hijau

Orang ramai terkedu melihat pemandangan Gurun Sahara di Afrika yang sebelum ini terkenal dengan cuaca panas terik dan kering kini bertukar apabila dilitupi salji.

Malah ia turut menyaksikan beberapa kawasan di Arab Saudi dilitupi ais akibat suhu yang mencecah -2 darjah Celsius.

Situasi itu menyamai keadaan di beberapa kawasan lain di Afrika dan Algeria yang turut dilanda salji dan cuaca sejuk.

The Sun melaporkan jurugambar merakam imej unta dengan salji yang turun di Tabuk di barat laut Arab Saudi itu dengan suhu 7 darjah Celsius.

Arab Saudi pernah dilanda salji pada 2018 dan ia bagaikan pesta bagi penduduk yang mengambil kesempatan itu untuk meluncur salji dan bermain bola salji.

Seorang jurugambar, Karin Bouchetta merakamkan gambar salji di bandar Ain Sefra, Algeria dekat sempadan Maghribi yang menunjukkan beberapa unta diliputi salji pada Rabu lalu ketika suhu berada pada -3 darjah Celsius.

Januari adalah bulan paling sejuk di Arab Saudi dengan suhu purata 20.2 darjah Celsius.

Tabuk adalah salah satu kawasan paling sejuk di negara itu, biasanya mengalami cuaca kering dengan suhu purata empat darjah Celsius.

Ahli Meteorologi AccuWeather, Eric Leister berkata, keadaan bersalji adalah jarang berlaku di kawasan itu namun ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Sementara menurut portal watchernews.com salji dilaporkan melanda wilayah Asir bersempadan dengan Yaman pada 10 Januari lalu.

Seorang jurugambar, Karin Bouchetta merakamkan gambar salji di bandar kecil di kawasan pergunungan Atlas, Sahara dekat sempadan Maghribi iaitu Ain Sefra yang menunjukkan beberapa ekor unta diliputi salji pada Rabu lalu ketika suhu berada pada – 3 darjah Celsius.

Pakar membuat kajian mengenai jumlah hujan di Gurun Sahara dan mendapati ada perubahan yang signifikan dalam tempoh lebih satu abad lalu disebabkan perubahan iklim.

Pengkaji ramal Gurun Sahara kembali hijau 15 ribu tahun lagi

Pengkaji turut meramalkan Gurun Sahara dijangka akan kembali hijau dalam tempoh 15,000 tahun lagi dan ia kini mengalami perubahan cuaca.

Pada tahun 2018, bandar Ain Sefra yang berada 1,000 meter dari paras laut itu diliputi salji sejak tahun 2018 dan 2017 dengan kali terakhir fenomena itu berlaku pada tahun 1979.

Gambar, kanak-kanak bermain salji di bandar Ain Sefra, Algeria, yang terletak di Gurun Sahara selepas salji turun buat kali kedua pada tahun 2018. – Foto Daily Mail

Manakala pada 2016, bandar itu yang digelar ‘Pintu Masuk Ke Gurun’, diliputi salji tebal pada hujung tahun menyebabkan situasi jadi kelam-kabut dengan penumpang terkandas dalam bas akibat jalan raya menjadi licin.

Sebelum ini, kali terakhir salji turun di Ain Sefra ialah pada 18 Februari 1979 selama setengah jam.

Suhu di bandar itu kebiasaannya ialah 12 darjah Celsius pada bulan Januari dan hampir 40 darjah Celsius pada bulan Julai.

Sumber:hmetr0 dan sinarhar1an

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: https://www.asiakini.com/

Be the first to comment on "Salji Turun di Gurun Sahara, Suhu Cecah -2′ Celsius. Pengkaji Ramal Bila Gurun Sahara Akan Kembali Hijau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*