Perginya seorang perwira negara

Kuala Lumpur: Seorang doktor yang bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) men1nggal dun1a, kelmarin.

Berita sed1h itu disampaikan menerusi hantaran dimuat naik Skuad Pengurusan Jen4zah Malaysia (SPJM) di Facebook (FB), semalam.

Menerusi hantaran itu, SPJM memaklumkan, pihaknya dimaklumkan mengenai kem4tian Allahy4rham Dr Ali Noor Hassan melalui akaun FB miliknya.

“Arw4h adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jen4zah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lalu.

“Dr Ali dikhabarkan sebagai seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan jemaah tabligh di Beaufort, Sabah.

“Setiap kali ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,” katanya.

Menurutnya, SPJM kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya,” katanya.

Dalam hantaran itu, SPJM berkongsi gambar terakhir Dr Ali yang sempat diambil rakannya sebelum beliau jatuh sak1t kerana beb4n kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirehat selepas bertugas di barisan hadapan KKM men4ngani Cov1d-19.

Difahamkan beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HM