Isu Banner ‘Pengetua Ment4l’ – Sekali Bekas Pelajar SMK St Mary Tampil Bersuara

Tak dapat dinafikan sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, ramai yang terkesan dari segi mental dan juga kewangan. Terhad untuk keluar melakukan banyak perkara.

Begitulah yang dilalui seorang pendidik yang menghadapi tekanan dengan pengetua sekolahnya sendiri sehinggakan menggantung banner di laluan berbumbung pejalan kaki pelajar.

Kami guru-guru memohon pihak KEM/JPWPKL/PPD memindahkan segera Puan Norwaja Binti Nordin (Pengetua Mental) dari sekolah ini demi kembalikan kejayaan dan kecemerlangan sekolah,”

Lebih menarik lagi, terdapat komen dari bekas guru dan murid yang pernah belajar dan berkhidmat di sekolah tersebut.

Foto tular di media sosial sejak dua hari lalu berhubung kain rentang yang mencerca seorang pengetua sekolah di Lembah Klang telah mendapat perhatian para pelajar dari SMK St Mary Kuala Lumpur.

Kain rentang yang digantung di hadapan pintu masuk SMK Bandar Baru Seri Petaling itu mendakwa para guru sekolah dan pelajarnya ingin memohon agar pengetua sekolah, Puan Norwaja Binti Nordin untuk dipindahkan dengan segera dari sekolah tersebut demi “mengembalikan kejayaan dan kecemerlangan sekolah”.

Pengetua yang dimaksudkan juga digelar sebagai ‘Pengetua Mental’ oleh pihak SMK BB Seri Petaling.

Tindakan yang mengejutkan itu telah mendapat perhatian ramai pihak termasuklah bekas pelajar SMK St Mary Kuala Lumpur; yakni sekolah lama tempat Puan Norwaja berkhidmat.

Tindakan memalukan seorang warga pendidik dengan memberi gelaran ‘Pengetua Mental’ bukan saja dianggap mencemarkan institusi pendidikan malah boleh menjadi punca pelajar sekolah hilang rasa hormat terhadap golongan pendidik.

Pelajar Bersuara Bela Bekas Guru

Hasilnya, satu-persatu bekas pelajar SMK St Mary tampil memberikan pandangan mereka. Ini termasuklah finalis Top 6 pencarian Dewi Remaja 2019 iaitu Dian Fernandez

Sumber Foto: Instagram @dianfrnndz.

Menurut Dian atau nama sebenarnya Andrianna Fernandez Azmi, perbuatan menggantung kain rentang (banner) adalah bersifat tidak matang.

“Tiada siapa yang layak untuk diperlakukan sebegini. Beliau merupakan seorang guru yang bagus untuk kita semua dan saya tidak merasakan tindakan membvli seorang guru seperti ini adalah wajar.

“Sepanjang Puan Norwaja menjadi guru panitia Bahasa Melayu semasa saya belajar di SMK St Mary, beliau sudah terbiasa dengan budaya di sekolah kami yang tegas dan mementingkan displin di kalangan pelajar.

“Di sana, saya dan rakan sekolah perlu membersihkan tandas pada setiap hari semasa waktu rehat. Kami perlu berdiri di hadapan sekolah sepanjang perhimpunan hari Isnin jika kelas kami didapati kotor.

“Ya, memang pelajar SMK St Mary dididik secara tegas, namun pengalaman itulah yang telah membentuk saya menjadi seorang yang berdisplin. It made me to strive to do better. Jika anda inginkan sekolah anda cemerlang, anda perlu berkorban. Suck it up,” jelasnya yang kini sedang melanjutkan pelajaran.

Seorang lagi bekas pelajar yang ingin identitinya dirahsiakan beranggapan Puan Norwaja sebagai seorang guru yang dihormati untuk tempoh yang lama dan telah mengajar pelajarnya dengan cukup baik.

“Apabila beliau menyertai sekolah baru sebagai seorang Pengetua, tentunya beliau ingin menaikkan lagi standard pembelajaran di sekolah tersebut seperti mana standard yang wujud di SMK St Mary dengan segera. Ini demi kecemerlangan pelajar, pendidik dan sekolah itu sendiri.

“Saya difahamkan ramai guru dan pelajar yang tidak bersetuju dengan cara beliau kerana mereka tidak mampu membiasakan diri dengan sistem yang tegas dan tekanan yang ada

“Lalu, mereka mengambil langkah untuk mem4lukan seorang pengetua di mata khalayak ramai. Ini adalah tindakan bvli dan bi1adap terhadap seorang pendidik yang mempunyai niat ikhlas untuk membantu,” jelasnya.

Seorang lagi pelajar inginkan permohanan maaf diberikan kepada Puan Norwaja.

“Jika anda tidak mahu menghormatinya sebagai seorang guru, sekurang-kurangnya hormatilah beliau sebagai seorang insan yang lebih berusia daripada anda. Puan Norwaja akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga St Mary.”

Untuk pengetahuan, satu bentuk petisyen telahpun diwujudkan semalam di laman web change.org demi membantah tindakan tersebut.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: http://trendingsangat.pw/banner-pengetua-sekolah-dewi-remaja/