Ibu Neelofa d4kwa sudah patenkan resepi Harimau Menangis, Sekali KP MyIPO Bersuara

Ibu pengacara dan pelakon popular, Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menerusi syarikat, Noor Khan Enterprise memohon maaf di atas kesilapan kata-kata berhubung penggunaan jenama Harimau Menangis keluaran Aunty Tini Kitchen dalam sebuah video yang tular hari ini.

Noor Kartini berkata, pihaknya tidak pernah menghalang mana-mana individu menjual produk sama selagi tidak menyerupai bungkusan produk yang dipasarkannya.

Jelasnya, permohonan paten yang tular itu adalah bertujuan untuk melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan tulisan Harimau Menangis pada bungkusan produk itu.

“Itu adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang produk tiruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan masalah kepada jenama pihak kami daripada pengguna di luar sana.

“Pihak kami tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk sama selagi tidak menyerupai produk yang kami pasarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tular di media sosial apabila warganet mula ‘meny3rang’ ibu kepada pengacara popular itu selepas tangkap layar permohonannya di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tersebar.

Tambah panas, video yang memaparkan Noor Kartini yang sedang memasak daging Harimau Menangis itu mengeluarkan kenyataan seolah-olah sudah mempatenkan resepi Harimau Menangis milik mereka.

Dalam pada itu, Noor Kartini juga menegaskan, pihaknya sentiasa mengamalkan persaingan sihat dalam berniaga.

“Pihak kami juga sentiasa mengamalkan polisi persaingan perniagaan yang sihat,” katanya.

Cap Dagang jenama ‘Harimau Menangis’ belum lulus, jangan dahului MyIPO – KP

KUALA LUMPUR – Permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’ oleh Syarikat Noor Khan Enterprise masih di peringkat pemeriksaan, kata Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Datuk Mohd Roslan Mahayudin.

Justeru, beliau berkata jenama yang dimohon pemilik syarikat itu, Noor Kartini Noor Mohamed belum diluluskan MyIPO dan menjadi hak eksklusif beliau.

Mohd Roslan memaklumkan pemohonan Noor Kartini bagi mendaftarkan jenama itu diterima MyIPO pada November tahun lepas dan kelulusannya bergantung kepada hasil pemeriksaan serta pertimbangan agensi tersebut.

“Sehubungan itu, Noor Kartini diminta untuk tidak mendahului keputusan MyIPO dengan mendakwa bahawa jenama ‘Harimau Menangis’ telah didaftarkan sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif beliau.

“MyIPO akan memproses permohonan beliau seperti biasa iaitu sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isu jenama Harimau Menangis, ibu Neelofa mohon maaf

Sejak semalam, tular di media sosial usahawan itu mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’ bagi produk keluarannya telah didaftarkan dan beliau mempunyai hak eksklusif ke atas cap dagangan nama tersebut.

Dakwaan usahawan itu, yang merupakan ibu selebriti Neelofa, mendapat perhatian warganet yang rata-rata menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama resepi masakan berasaskan daging ‘Harimau Menangis’ dalam produk mereka.

ASAL USUL NAMA HARIMAU MENANGIS

Selalu kita dengar dan nampak orang share resepi Daging Harimau Menangis kan? Korang tau tak asal usul nama harimau menangis ni?

Dengar cerita, “harimau menangis” ni sebenarnya ialah bahagian daging lembu yang dipanggil batang pinang atau dalam bahasa omputih tu tenderloin lah. Tapi ada juga yang cakap tu bahagian striploin. Bahagian daging ni lah yang paling lembut dan paling sedap tapi susah nak dicapai oleh mulut harimau disebabkan oleh kedudukannya dicelah tulang belakang lembu. Jadi menangislah harimau tu sebab tak dapat nak makan bahagian ni . Wallahualam .Tapi ni khas untuk daging lembu je tau. Kalau daging kangaroo tak panggil harimau menangis tau.EH!

Cerita ini tiada kaitan dengan orang yang masih hidup atau sudah meni-nggal dunia .hehe.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Ibu Neelofa d4kwa sudah patenkan resepi Harimau Menangis, Sekali KP MyIPO Bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*