Fatin Afeefa Dah Tutup Kilang, Tak Mahu Kahwin Lagi

Berdepan kegagalan rumah tangga apabila berc3rai dengan pelakon Adam Shahz pada tahun 2017 dan berg3lar ibu tungga di usia muda, pelakon Fatin Afeefa akui trauma untuk berkahwin lagi.

Fatin berkata perkahwinannya terdahulu tidaklah sebahagia sebagaimana yang diharapkan. Meskipun usianya masih muda, namun dia tidak mahu berkahwin lagi serta tidak mahu beranak.

“Saya tak nak lagi mendirikan rumah tangga. Mungkin buat selama-lamanya. Saya nak berkahwin dengan diri saya sendiri sahaja.

“Orang yang berkahwin ada yang sebab mereka mahukan anak. Saya sudah pun mempunyai dua orang cahaya mata. Saya dah ‘tutup kilang’ tidak mahu lagi berumah tangga.

“Saya tidak merajuk. Cuma bagi saya, perkahwinan semacam membuang masa sahaja. Nak jaga hati lelaki lagi,” jelasnya.

Bagaimanapun, Fatin berkata dia tidak menolak andai suatu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk berkahwin jika dia dipertemukan lelaki yang menyokong kerjayanya sebagai pelakon.

“Kalau nak buat sesuatu selepas berkahwin nanti, saya kena jaga hati dan perasaan suami serta keluarganya. Sedangkan saya bukan sebegitu.

“Keluarga saya sekarang pun bergantung kepada saya. Maknanya kalau saya berkahwin nanti saya kena tinggalkan keluarga saya dan memberi fokus pada suami.

“Saya tak rasa ini (berkahwin) adalah idea yang bagus dan telah memaklumkan pada keluarga untuk memberi laluan kepada adik-beradik lain untuk berumah tangga,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Rotikaya