Selepas 4 Bulan Kisah Bercinta Dgn Suami Orang Tersebar, Ini Keadaan Terkini Pelakon Alya Iman

Beberapa bulan lalu, nama pelakon Alya Iman, 19, hangat diperkatakan warganet susulan tercetus kntroversi membabitkan dia dengan lelaki berstatus suami orang.

Ia bermula apabila isteri lelaki berusia 30 tahun itu yang dikenali sebagai Penny Salman mendedahkan hubungan yang terjalin antara pelakon itu dengan suaminya selepas setahun bercinta.

Namun anak kepada pelakon lagenda, Allahyarham Azmil Mustapha ini tampil mengakui kesalahan yang dilakukan dan memohon maaf.

Kini, ternyata keikhlasan Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil membuat permohonan maaf dan menyesali perbuatannya itu seakan membawa rahmat tersendiri.

Kerja di sebuah syarikat swasta sebagai Eksekutif Komunikasi Korporat

” Saya memahami situasi terkini di musim Covi1d-19, lagi-lagi sekarang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan.

” Alhamdulilah buat masa sekarang, saya bersyukur kerana diberikan rezeki untuk bekerja di sebuah syarikat swasta pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu.

” Jadi saya sekarang fokus terhadap kerja sebagai Eksekutif Komunikasi Korporat bersama mereka,” katanya.

Bagaimanapun, darah seni yang mengalir dalam tubuhnya tidak dipersiakan apabila dia masih aktif berlakon dan sebagai model peragaan.

” Bagi saya 2020 adalah tahun yang berbeza kerana terpaksa melalui pndemik C0vid-19 dan juga kntroversi yang menarik perhatian seluruh negara.

” Tapi ia tidak jadi penghalang untuk saya untuk saya meneruskan karier dalam bidang yang diminati ini.

” Cuma saya mengharapkan tahun 2021 akan menjadi tahun yang lebih baik dan bermakna untuk saya lebih aktif.

” Saya akan bangkit dan terus berusaha cari kejayaan dalam industri seni dan buat yang terbaik untuk menghiburkan peminat,” katanya.

Tidak lupa, dia turut meminta masyarakat mendoakan perjalanan hidupnya diberkati dan diredai Allah.

” Saya terima apa yang sudah terjadi dengan hati terbuka dan kita tak boleh kawal kata-kata warganet. Adatlah reaksi mereka akan begitu.

” Saya hormat pendapat masing-masing dan yang positif itu saya ambil untuk kuatkan diri dan yang negatif pun saya tetap ambil juga untuk membaiki diri menjadi lebih baik.

” Saya berusaha kuatkan diri dan ambil semua ini sebagai pengajaran hidup,” katanya.

Masih berlakon tapi kntroversi sedikit sebanyak beri kesan tawaran lakonan

Mengulas perkembangan terbaru kariernya, Alya gembira kerana baru sahaja tampil dengan drama Gaun Pengantin Ivory yang sudah menemui penonton menerusi saluran Unifi TV.

” Syukur ini adalah kali pertama saya bawa watak heroin dalam drama terbabit dan dapat respon yang baik daripada penonton.

” Tak dinafikan kntroversi yang berlaku sedikit bawa kesan terhadap tawaran berlakon tapi ia takkan menghalang saya untuk bangkit dan kerja lebih keras,” katanya.

Tanpa segan Alya mengakui merindui bapanya yang sering menitipkan kata-kata nasihat dan semangat setiap kali dia berdepan masalah.

” Perasaan sedih memang takkan hilang. Saya seorang yang tak suka luahkan atau berkongsi kes3dihan dengan orang lain.

” Saya hanya nak tampilkan diri saya sebagai seorang yang kuat untuk menghadapi segalanya. Jadi ada masanya saya mnangis sendirian,” katanya.

Bagaimanapun, kehadiran jejaka bernama Ridhwan Rosli, 31, menyuntik semangat untuknya terus kuat.

” Insya-Allah dia adalah ‘future partner’ saya dan saya kongsi semuanya dengan dia, kerana susah sebenarnya untuk orang memahami saya.

” Ridhwan seorang yang senang memahami kerana perangainya sama seperti saya. Malah zodiak kami pun sama iaitu Pisces.

” Saya hargai apa yang dilakukannya untuk saya. Insya-Allah kalau ada jodoh kami takkan ke mana,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: http://limauais.pw/2020/11/21/keadaan-terkini-alya-iman/