Sanggup Tinggal Anak Isteri Demi Gadis Kenal 2 Bulan, Wanita Mohon Suami Lepas Cara Elok

Berbicara mengenai ujian berumahtangga bukan sesuatu yang mudah. Setiap pasangan diuji dengan cara yang berbeza.

Apa yang penting dalam rumahtangga kedua-dua pasangan saling bertolak ansur, bertanggungjawab dan mempunyai komunikasi yang baik antara satu sama lain.

Adat berumahtangga sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Namun apakan daya jika takdir menentukan segalanya.

Rumahtangga goyah gara-gara orang ketiga

Begitulah kisah yang dikongsikan di laman Facebook oleh seorang ibu muda yang terpaksa melalui keperitan rumahtangga apabila muncul orang ketiga.

Menerusi perkongsian oleh Nur Syazana, beliau turut meluahkan betapa hncurnya hati seorang isteri melihat anak-anaknya kehilangan seorang ayah.

Hancur hati seorang isteri

“Setelah segala petunjuk yang Allah cuba bagi melalui mimpi akhirnya semua terjawab. Aku bersedih bukan sebab kerana kehilangan seorang suami”.

“Tetapi anak-anak kehilangan seorang bapak. Cukup kuat aku tahan selepas apa yang aku nampak depan mata dengan segala bukti yang kukuh”.

Wanita berkenaan turut mengakui sering berdepan dengan masalah yang ditimbulkan lelaki tersebut namun bersabar demi untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

Pasti bersebab seorang ibu pisahkan anak dengan bapanya

“Ya kita ada masalah tapi bukan bermaksud dalam masalah kita , kita perlu cari orang ketiga untuk selesaikan”.

“Kalau aku sebagai seorang ibu kej4mm pisahkan anak dengan bapak bersebab, sebab aku takmau anak-anak aku hidup dengan zin4a yang bapak dia buat”.

Sanggup hilang anak dan bini kerana wanita baru kenal 2 bulan

“Maaf hati aku cukup h4ncur dengan apa yang aku kena kalini”.

“Dan masing dah mengaku saling sayang , sanggup hilang anak dan bini hanya kerana seorang wanita yang baru kenal tak sampai dua bulan”.

Apa yang menyedihkan, menurut wanita ini dia dan anak-anak diketepikan hanya kerana kehadiran orang ketiga dalam rumahtangganya.

Aku kuat untuk lihat anak-anak membesar

“Alhamdulillah Allah lebih sayang aku . Firasat seorang bini jauh la mana sekali pun dia akan rasa apa yang jadi”.

“Aku kuat untuk anak-anak depan mata aku , aku kuat untuk lihat anak-anak besar depan mata aku”.

Namun begitu, wanita ini masih bersemangat untuk meneruskan hidup bersama anak-anaknya.

Pulangkan aku dengan cara baik

“Terima kasih atas apa yang dah buat dekat aku. Harap puas hati hampa dua dengan apa yang jadi”.

“Pulangkan aku dengan cara baik kalau tak mampu nak bagi kasih sayang. Mak abah aku masih mampu sayangkan aku sampai hujung nyawa”.

Netizen titipkan doa wanita ini tabah menghadapi dugaan ini

Bagaimanapun, wanita ini masih berharap dia dapat dilepaskan dengan cara baik dan dipulangkan kepada ibu bapanya yang masih menyayanginya sepenuh hati.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan doa dan kata-kata semangat buat wanita ini menjalani kehidupan selepas ini.

Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua untuk lebih menyayangi dan menghargai pasangan kita.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: yoy