Doa Dimakbulkan

PENYANYI dan pengacara Alif Satar meluahkan rasa syukur apabila interina Sha Dila Halid dan tiga anaknya tidak dijangk1iti wab4k pandemik Cov1id-19.

Alif, 30, berkongsi perkara itu di Instagram pada Selasa berkata, isteri dan anak-anaknya akan menjalani kuar4ntin di rumah selama dua minggu.

“Allah kabulkan doa kalian semua… Alhamdulillah, isteri dan anak-anak Alif bebas Cov1id-19 dan akan dikuar4ntin di rumah selama dua minggu.

“Alif terima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui Instagram dan Whatapps dan Alif ucapkan terima kasih atas doa kalian, ” ujarnya.

Pada Isnin, pengurus Alif mengesahkan ibu, bapa dan adik penyanyi itu positif Covid-19.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar memaklumkan, dia didapati positif COV1ID-19 selepas menjalani ujian calitan di Hospital Melaka pada Ahad.

Kemudian pada Isnin, pengurusnya Adlina Abu Bakar mengesahkan ibu, bapa dan adik perempuan penyanyi I want You To Love Me ini turut dijangk1iti wab4k itu.

Alif turut memohon maaf atas segala kesulitan ini dan meminta semua mendoakan dia diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT.

Alif dan Sha Dila mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3, dan Muhammad ‘Ali yang kini berusia satu tahun.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar