Senarai sudah dihantar kepada Agong?

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan ceria semasa beramah mesra bersama penyokongnya sebaik keluar dari wad sebelum mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 16 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sudah menyerahkan nama wakil rakyat yang menyokong beliau kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, Anwar sudah menghantar surat kepada Al-Sultan Abdullah  dan memaklumkan perincian berkenaan sokongan yang diterima beliau.

“Saya rasa, Anwar telah menyebut benda ini dalam sidang media yang diadakan pada 23 September,” katanya kepada Sinchew Daily.

Mengenai sebaran sekeping gambar menunjukkan Anwar sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Ahmad Fahmi berkata, ia merupakan gambar lama.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga berkata, Al-Sultan Abdullah masih berehat di Institut Jantung Negara.

Dalam pada itu, sumber PKR yang lain memberitahu, penyokong Anwar adalah termasuk pemimpin-pemimpin atasan yang “tidak dijangkakan” sebelum ini.

Senarai penyokong itu bagaimanapun tidak termasuk wakil rakyat Pas; Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber : MalaysiaGazette

Be the first to comment on "Senarai sudah dihantar kepada Agong?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*