Selepas lolos, Peguam dedah Datuk Seri bakal jadi lagi hebat, lebih kebal dan lebih bijak

“What doesn’t ki-ll you makes you stronger- Apa yang tidak membuatkan kau patah atau lemah hanya akan membuatkan kau lebih kuat.

“Saya tak mahu sembang tentang teori bagaimana svspek kes Mac4u itu terlepas. Ramai yang sedang berdebat tentang isu ini. Jujur saya katakan memang saya sendiri tidak puas hati.

“Saya harap kalau ada penglibatan pihak berkuasa sendiri, tolonglah ambil tindakan yang berat dan buat si1asatan terperinci. Orang awam sedang menunggu jawapan.

“Yang membimbangkan, apabila dia lolos. Dia bakal jadi lagi hebat, lebih kebal dan lebih bijak. Kenapa? Sebab dia belajar dari kesilapan sehingga dia tertangk4p. Jadi dia tidak akan ulangi kesilapannya lagi.

“Barangkali sewaktu dia disi1asat berjam-jam oleh SPRM, dia sudah belajar taktik-taktik perkara yang dis1iasat. Apa yang dicari oleh kumpulan penyi1asat? Apa soalan yang ditanya sehingga menjerumus kepada kesalahan kes.

“Dia belajar dan dia takkan ulang lagi segala kesilapannya. Jadi jen4yahnya selepas ini bakal lebih kemas, bakal lagi cantik dan teratur. Barangkali dia langsung tidak dapat dikesan selepas ini kerana pengalamannya yang tertangk4p dan lolos.

“Walaupun hidup dalam pelar1ian, jadilah dia seorang pelar1ian yang terpaling mewah. Dia pasti tidak duduk sahaja. Dia pasti ‘berbisnes’ semula. Kali ini, dia lebih teliti dan hati-hati.

“Dikumpulnya semula bala t3ntera yang baru untuk meneruskan empayarnya. Kali ini barangkali perbuatan mereka tidak akan dihidu.

“Saya kasihan memikirkan nasib m4ngsa-m4ngsa. Sudahlah dim4ngsakan dan tidak mendapat keadilan. Saya kasihan pula memikirkan bakal-bakal m4ngsa yang bakal tert1ipu.

“Barangkali cara pen1ipuannya lebih kemas dan strategi baru, yang sudah lapuk sehingga menyebabkan dia tert4ngkap tidak lagi relevan. Haihhh. Berapa ramai lagi selepas ini menjadi m4ngsa.

“Berapa juta lagi yang bakal diperolehi? Berapa banyak lagi air mata kerana kehilangan dan kerugian? Berapa ramai lagi kehidupan yang bakal dirampas setelah kehidupan tinggal sehelai sepinggang dan terpaksa meminta ke sana dan sini?

“Saya berharap sangat, dia tertangkap buat masa yang terdekat ini. Saya masih meletakkan keyakinan kepada pihak berkuasa bahawa dia pasti tert4ngkap.

“Kalau tertangkap lagi, harapan saya kali ini, biarlah dikawal rapi secara yang paling terkawal.

Oleh Nor Zabetha

Pelan licik lolos 2 minit

Kuala Lumpur: Seolah-olah dirancang dari awal dengan penuh teliti. Malah, kedudukan pagar keselamatan jenis anti-cl1imb, jalan pintas dan susun atur sekitar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan R4suah Malaysia (SPRM) Putrajaya, diselidik terlebih dahulu.

Semua itu membolehkan dalang utama sindiket cuci duit atau pengubahan wang har4m berusia 32 tahun terbabit melarikan diri tanpa disedari pihak berkuasa dalam kejadian jam 6.30 petang Ahad lalu.

Difahamkan, svspek yang mend4kwa sebagai Datuk Seri itu meloloskan diri dengan bantuan tiga pengawal peribadinya yang bertindak cekap dalam tempoh kurang dua minit.

Dia sebelum ini ditahan SPRM pada 2 Oktober sebelum direman sehingga Ahad lalu susulan si1asatan kes pengubahan wang har4m membabitkan artis.

Sumber berkata, dua daripada pengawal peribadi svspek berperanan sebagai ‘kuda’ bagi membolehkan svspek memijak belakang tubuh mereka untuk melepasi pagar setinggi hampir dua meter itu.

Menurutnya, seorang lagi pengawal peribadi svspek menyambutnya di luar pagar sebelum mereka melarikan diri dengan menaiki Perodua Myvi.

Sumber itu berkata, terdahulu, sembilan svspek yang dilepas reman dibawa pulang ke ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk proses dokumentasi jaminan sekitar jam 6 petang.

Menurutnya, sebaik tiba di pejabat SPRM, ramai anggota polis berkumpul di lobi utama bangunan.

“Ini menyebabkan semua svspek tidak mahu keluar dari kenderaan masing-masing. Ada kalangan ahli keluarga svspek juga hadir di lokasi untuk proses jaminan.

“Berlaku kekecohan di lobi utama bangunan SPRM apabila semua OKT (orang kena tudvh) enggan keluar dari kenderaan berikutan kehadiran ramai anggota polis di lobi Ibu Pejabat SPRM,” katanya.

Menurutnya, hasil perbincangan antara SPRM, polis dan peguam, polis akur dan bersetuju menunggu semua svspek di luar pintu utama Ibu Pejabat SPRM.

“Selepas selesai proses dokumentasi jaminan, semua OKT dibebaskan dan menaiki kenderaan masing-masing untuk keluar dari Ibu Pejabat SPRM.

“Ada empat kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire memasuki Ibu Pejabat SPRM bagi menjemput svspek yang melarikan diri.

“Setiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama disekat dan svspek lain ditah4n polis semula.

“Bagaimanapun, seorang svspek yang dibebaskan dengan jaminan diserahkan SPRM kepada peguam beliau,” katanya.

PAGAR tempat svspek melarikan diri.

Menurutnya, suspek bergelar Datuk Seri terbabit masuk ke dalam Toyota Vellfire bersama peguam, pengawal peribadi dan pemandu.

“Dia masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.

“Bagaimanapun, dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, suspek dipercayai keluar dari kenderaan dan melarikan diri ke arah pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua pengawal peribadi.

“Lokasi svspek melarikan diri terselindung di sebalik tempat penyimpanan gas. Suspek dikesan memijak belakang tubuh dua pengawal peribadinya untuk melepasi pagar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), svspek disambut seorang lagi pengawal peribadi yang menunggu di luar pagar.

“Sebuah Perodua Myvi menunggu di tepi jalan dan melarikan suspek.

“Apabila polis men4han Toyota Vellfire yang dinaiki suspek dan melalui pintu pagar utama, baru disedari suspek melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, tidak timbul isu kecuaian dan dakwaan ada pembabitan ‘orang dalam’ berikutan suspek ketika itu dibebaskan dengan jaminan.

“Pihak SPRM sentiasa memberi kerjasama baik dan membantu s1iasatan polis bagi memastikan kes berkenaan disi1asat dengan rapi,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, individu yang melarikan diri itu bukan bergelar Datuk Seri seperti ditularkan ataupun dilaporkan.

Pada 8 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya mengesan ratusan syarikat diwujudkan bagi mengaburi pihak berkuasa berhubung sindiket pengubahan wang har4m dikaitkan dengan perniagaan membabitkan artis dan selebriti.

SPRM turut menyi1ta 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya Ford Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porsche serta beberapa motosikal berkuasa tinggi dimiliki ahli sindiket dipercayai hasil kegiatan har4m.

Sebelum ini, SPRM turut dilaporkan memanggil pasangan selebriti untuk memberi keterangan bagi membantu si1asatan kes pengubahan wang har4m berkenaan.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: http://trendingsangat.pw/