“Sedia Beri Kerjasama Pepada SPRM…”- Sharnaaz

UALA LUMPUR: Pelakon Sharnaaz Ahmad sedia memberi kerjasama jika dipanggil Suruhanjaya Penc3gahan Rasu4h Malaysia (SPRM) bagi membantu sias4tan kes pengub4han wang har4m oleh sind1ket M4cau Sc4m dan perjvdian dalam talian .

Bagaimanapun, Sharnaaz atau nama sebenar, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, memberitahu, setakat ini, dia belum menerima arahan mana-mana pihak, biarpun ada yang mend4kwa dirinya menjadi antara selebriti yang dikatakan bakal dipanggil SPRM.

Sharnaaz sedia memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian,  sekiranya dipanggil. Foto IG Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz sedia memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan aktiviti pengub4han wang h4ram oleh sind1ket M4cau Sc4m dan perjud1an dalam talian, sekiranya dipanggil. Foto IG Sharnaaz Ahmad

“Setakat ini, belum ada sesiapa dari SPRM yang menghubungi saya. Lagipun, kalau mereka hendak panggil, ia tidak akan beritahu lebih awal.

“Tahu-tahu sahaja sudah berada di sana. Bagaimanapun, sama ada dipanggil atau tidak, saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkenaan,” katanya kepada BH Online.

Sharnaaz mengaku ketika isu itu dibangkitkan, dia pernah menghubungi SPRM untuk memberi keterangan.

“Cuma saya tidak boleh hendak kongsi maklum balas SPRM berhubung penjelasan saya itu kerana ia sulit dan peribadi,” katanya.

Ditanya apakah isu itu memberi impak negatif kepada perniagaan kedai minuman yang diusahakannya, pelakon filem Jebat ini berkata, kesannya lebih kepada jenama.

“Alhamdulillah, perniagaan saya seperti biasa dan tiada apa-apa yang berlaku. Cuma daripada segi jenama, ia agak terjejas. Bagi saya, kita tak perlu takut kalau kita tidak salah. Kita hanya berada pada masa dan tempat yang silap.

“Hendak kata buat salah, tiada siapapun yang buat salah.

“Kita tak boleh menghakimi orang. Walaupun dia pakai baju warna oren, selagi mahk4mah tak jatuhkan hvkum, kita tak boleh kata mereka itu bersalah. Mereka hanya dipanggil untuk disoal si4sat sahaja,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro Online melaporkan dua artis terkenal yang terbabit dalam bidang lakonan dan pengacaraan, antara beberapa artis dijangka dipanggil ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan selepas tiada selebriti tampil secara sukarela.

Menurut sumber Harian Metro Online, dua individu terbabit menjalankan perniagaan dan mempunyai lebih sejuta pengikut di laman sosial.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: BH Online

Be the first to comment on "“Sedia Beri Kerjasama Pepada SPRM…”- Sharnaaz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*