“kembali ke pangkuan” – Amyza

KUALA LUMPUR: Kali terakhir bersaing dalam barisan Top 5, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2008, akhirnya, Amyza Aznan tercalon pada edisi terbaru edisi ke-33 acara anugerah berprestij ini.

Amyza yang merangkul trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2019 melalui lakonan watak dalam drama Batik Zakiah, teruja dapat kembali ke pangkuan ABPBH.

“Kali terakhir saya jadi calon Top 5 adalah pada 2008. Selepas itu, tidak sangkut-sangkut lagi, malah, pencalonan awal pun tidak ‘lepas’.

Amyza teruja kembali tercalon pada ABPBH 33. Foto IG Amyza Aznan

Amyza teruja kembali tercalon pada ABPBH 33. Foto IG Amyza Aznan

“Kali ini, saya tidak sangka, nama tersenarai dalam calon Top 20 kategori Artis Komedi Popular,” katanya kepada BH Online.

Amyza yang mencipta nama melalui drama Mat Despatch berkata, peluang bersaing dalam kategori artis komedi sangat dinanti-nantikan.

“Jika tahun lalu, saya dapat buktikan kemenangan melalui watak serius, kalau dapat menang melalui sisi komedi, ia dianggap bonus.

“Cuma melihat kepada calon-calon, semuanya bukan calang-calang,” katanya.

Bersikap realistik, Amyza tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang.

“ABPBH berpaksikan undian peminat. Berapa ‘kerat’ peminat saya? Kelab peminat pun sekejap ada, sekejap tiada.

“Hendak meletakkan harapan menggunung pada ABPBH 33 sangat mustahil. Tetapi dalam hidup, tiada yang mustahil bukan?” kata isteri kepada Khairil Idzhar Md Nazir ini.

Amyza tidak menolak kemungkinan peminat mengundi dirinya dalam diam.

“Mana tahu, kali ini berlaku undi pecah. Mungkin ada kelompok pemerhati yang sering cakap saya kelakar dan buat hidup mereka penuh dengan gelak ketawa mengundi saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, rezeki terus murah buat Amyza. Dia sedang melunaskan penggambaran drama komedi 26 episod berjudul Keluarga Pasar untuk siaran RTM.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: BH Online

Be the first to comment on "“kembali ke pangkuan” – Amyza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*