‘Bukan tak boleh terima krit1kan, tapi…’ – Syahmi Sazli k3sal

YOUTUBER popular, Muhd Syahmi Sazli memberitahu dia tidak kisah menerima apa jua krit1kan terhadap filem terbaharunya, Mael Totey The Movie yang akan ditayangkan menerusi Astro First bermula 22 Oktober ini.

Bagaimanapun apa yang dikesali apabila ada segelintir netizen bertindak biad4p dengan mengh1na barisan pelakon dan mengeluarkan kata-kata yang boleh mengundang f1tnah.

“Baru-baru ini saya ada terbaca beberapa komen yang menghina pelakon-pelakon filem Mael Totey dengan mengatakan mereka pelakon cac4t dan pelbagai kata nista lain.

“Jadi saya pertahankan mereka dan meminta netizen tidak sewenangnya mengeluarkan kata-kata kejian yang boleh mengundang fitn4h.

“Kemudian mereka kata saya pula yang tak boleh menerima kritik4n.

“Saya tak kisah mereka nak krit1k filem saya, tetapi jangan sampai mengeluarkan kata k3sat terhadap pelakon saya, mengeluarkan ayat yang boleh jatuh fitn4h,” katanya kepada Sinarplus.

MAEL TOTEY THE MOVIE
Antara barisan pelakon yang membintangi Mael Totey The Movie.

Tambah Syahmi, 25, sejak awal proses pembikinan Mael Totey The Movie, dia sudah bersedia menerima apa jua krit1kan yang dilemparkan.

Bagaimanapun dia bersuara bukan kerana tidak boleh menerima krit1kan atau mudah sent4p, sebaliknya merasakan perkara itu tidak adil buat para pelakon yang terlibat.

“Saya bukan tak boleh terima krit1kan, tapi biarlah orang mengkrit1k saya kerana hasil kerja saya. Bukan mengeji atau meng1na orang lain,” tegasnya.

Mael Totey The Movie dibintangi Syahmi yang juga bertindak selaku pengarah dan penulis skrip, bersama Yoe, Asif, Kamarool Hj Yusof, Aween Ismail dan ramai lagi.

Ia mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris. Konflik antara Mael, cikgu, dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa (Asif, Yoe, Yatin & Bedul).

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Sinar Plus