Addy Kanna Masih Ditahan, Rakaman Suara Tular Tidak Benar – Polis

Pengarah Jabatan Sias4tan Jen4yah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed mengesahkan Addy Kanna kini dit4han di bawah Akta Penceg4han Jen4yah (POCA) bersama dua lagi individu.

Beliau turut memberitahu usaha mengesan Goh Leong Yeong @ Alvin lelaki yang melarikan diri  dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Penceg4han Rasvah Malaysia (SPRM) Putrajaya, 11 Oktober lalu masih giat dijalankan.

Bagaimanapun menurut Huzir, Addy dan Alvin tidak terbabit dalam kegiatan penipuan atau M4cau Sc4m di negara ini.

“Tangkapan ke atas lelaki yang dikenali sebagai Addy Kanna dan Alvin, adalah tidak terbabit dalam kegiatan penipu4n atau M4cau Sc4m di negara ini.

“Sebaliknya kedua-dua mereka adalah koordinator atau agen untuk menyediakan kemudahan kediaman, pusat panggilan dilengkapi peralatan komputer dan telekomunikasi serta kemudahan internet kepada warga negara China yang diupah oleh sind1ket pen1puan antarabangsa didalangi oleh rakyat China.

“Pusat panggilan yang beroperasi dari unit kediaman mewah dan pejabat ini akan menjalankan operasi harian dengan mensasarkan rakyat di negara China sebagai mangsa aktiviti perjud1an, pen1puan pelaburan mata wang asing (Forex) dan pen1puan pembelian barang, terbabit kes, tuntutan barang seperti Scam,” katanya ketika dihubungi.

Polis juga menafikan video mengenai perbualan telefon antara dua lelaki yang kononnya m4ngsa dan dal4ng pen1puan tular sejak minggu lalu ada kaitan dengan dua individu terbabit dalam sind1ket ‘cuci duit’.

Huzir berkata, segala butiran perbualan dua lelaki terbabit dianggap boleh mencetuskan suasana tidak aman di negara ini.

“Adalah tidak tepat apabila ada pihak tertentu yang menyatakan kegiatan pen1puan dalam talian yang berlaku di negara ini dengan dua individu terbabit kerana kegiatan penipuan dalam negara dilakukan oleh sind1ket pen1puan lain.

“Malah dakw4an perbualan telefon yang tular menyatakan Addy akan dibebaskan juga tidak tepat apabila dia kini ditahan di bawah Akta Penceg4han Jen4yah (POCA) bersama dua lagi individu selain usaha mengesan Alvin masih giat dijalankan,” katanya.

Huzir, berkata beliau akan mended4hkan butiran kegiatan penipuan oleh Alvin dan Addy Kanna ini dalam masa terdekat bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat tempatan.

Terdahulu, perbualan selama 13 minit 34 saat itu, m4ngsa kononnya dapat mengh1du taktik lelaki yang menipunya dengan memberikan butiran peribadi yang tidak tepat selepas dikaitkan dengan penghantaran barang ke sebuah pejabat pos di Sabah.

Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ahli kepada rangkaian kumpulan Addy Kanna akhirnya mengakui aktiviti penipuannya selepas sebelum itu memperkenalkan diri sebagai pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Kedua-dua mereka kemudian berbual secara baik selepas mangsa berulang kali meminta maaf kerana memarahi lelaki yang cuba menipunya secara dalam talian atau Mac4u Sc4m.

Semasa mereka berbual, suspek dalam keadaan yang amat yakin menyatakan berulang kali bahawa Addy Kanna akan dilepaskan secara mudah disebabkan jaringan hubungan dengan pemimpin politik.

Malah, dia turut menjelaskan bahawa kegiatan pen1puan dijalankan oleh rangkaian mereka dapat menjana pendapatan lumayan hingga puluhan juta ringgit disebabkan sikap sebahagian m4ngsa yang tidak pernah berhati-hati.

Sumber: Harian Metro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak