TYT Negeri Sabah Minta Tempoh Tentukan Ketua Menteri Yang Baharu – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar ketika bergerak keluar dari Istana Negeri Sabah mengatakan.

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin minta tempoh untuk menentukan Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Tambah Bung ketika ditanya soalan bertalu-talu dari wartawan yang mengerumuni kenderaan beliau, perkara ini akan ditentukan secepat yang mungkin.

Selepas selesai Pilihan Raya Negeri Sabah semalam, menyaksikan keputusan memihak kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS.)

Yang terdiri daripada Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Parti Bersatu Sabah mencatat majoriti mudah dengan 38 kerusi dan boleh membentuk kerajaan baharu negeri Sabah.

Manakala, Parti Warisan Sabah yang diketuai Datuk Seri Shafie Apdal memenangi 29 kerusi, Parti Bebas.

Memenangi 3 kerusi, Parti Keadilan Rakyat memenangi 2 kerusi dan Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) memenangi 1 kerusi.

Sumber: Bernama

Be the first to comment on "TYT Negeri Sabah Minta Tempoh Tentukan Ketua Menteri Yang Baharu – Bung Moktar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*