TERKINI: JKR Malaysia Sahkan Kes COVID-19 Terbaharu Di Ibu Pejabatnya Di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 17 Sept – Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan kes terbaharu COVID-19 melibatkan seorang kakitangannya di ibu pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, kakitangan tersebut telah disahkan positif COVID-19 pada 16 September lalu dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Beliau dilaporkan hadir ke pejabat pada 7 hingga 9 September lalu sebelum mengunjungi sesi penggulungan di Parlimen pada 10 September lepas.

Kakitangan tersebut juga dilaporkan telah melakukan lawatan kerja ke Sarawak pada 14 September lalu dan menjalani ujian swab di Lapangan Terbang Kuching.

Setibanya di negeri itu. Beliau telah menginap di sebuah hotel tempatan sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada 16 September.

Beliau disahkan positif sebaik sahaja pulang ke semenanjung pada 16 September lepas dan terus diiringi pasukan perubatan ke Hospital Sungai Buloh.

Susulan itu, JKR melampirkan senarai kontak rapat dan sejarah perjalanan pesakit berkenaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kontak rapat dalam kalangan kakitangan JKR telah dan akan menjalani saringan kesihatan serta proses kuarantin di rumah.

“Langkah proaktif telah diambil dengan menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran,” tulis JKR.

KENYATAAN RASMI JABATAN KERJA RAYA: JKR MALAYSIA SAHKAN KES COVID-19 TERBAHARU DI IBU PEJABAT JKR MALAYSIA, JALAN SULTAN SALAHUDDIN, KUALA LUMPUR

Sumbet : siakap keli

Be the first to comment on "TERKINI: JKR Malaysia Sahkan Kes COVID-19 Terbaharu Di Ibu Pejabatnya Di Kuala Lumpur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*