Rakaman Detik2 Terindah, Kenangan Terakhir 4 Sekawan Sebelum Menemui Ajal Dlm Kereta

Kehilangan insan tersayang terutamanya ahli keluarga merupakan satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Begitulah yang dialami oleh ahli keluarga empat gadis yang terlibat dalam trag3di meny4yat hati apabila mereka tidak sedarkan diri di dalam kereta.

Selepas terhidu gas karbon monoksida di sebuah stesen minyak. Berikutan daripada itu, tiga orang daripada mereka telah dijemput Ilahi.

Terbaru, kakak kepada Allahy4rham Ayuni Shazwanie Shabri ada memuatnaik satu video yang memaparkan detik terakhir semasa adiknya itu bercuti bersama rakan-rakannya.

‘1 Malaysia doakan adik’

Allah dik, apa amalan adik semua orang sayang adik. Orang tak berhenti-henti ziarah adik, sedekah tak berhenti.

Kami p kedai nak beli barang orang tak mau ambil duit sedekah dekat adik. Solat jen4zah adik macam solat jumaat, time nak simpan adik orang ramai sangat-sangat.

Jalan jem dik. Ramainya orang sayang adik. 1 Malaysia doakan adik. Al fatihah (dibaca). Tenang la dik di sana nanti kita jumpa ya.

Menerusi perkongsian Erina Shabina Shabri di Facebook, dia turut memuatnaik satu screenshot daripada salah seorang peniaga, Jeffryzal Kasim di Pulau Jerejak.

Memaklumkan bahawa keempat-empat gadis berkenaan ada datang ke kedai makannya itu tempoh hari.

Menurut Jeffryzal, dia mengakui amat terkejut mendengar berita yang menimpa gadis-gadis tersebut.

Dalam kesempatan itu, Erina turut meluahkan rasa sedih atas pemergian adik tercinta. Menurut kakak Allahy4rham.

Terlalu ramai insan telah hadir ke solat jen4zah yang dilakukan selain menganggap adiknya itu disayangi ramai kerana mereka tidak putus-putus menerima sedekah Seb4knya..

Erina turut memuatnaik video yang diambil dari akaun Instagram Story milik Allahy4rham yang memperlihatkan mereka berempat dipercayai sedang bersiar-siar di Pulau Jerejak, Pulau Pinang.

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya seb4k dengan nasib yang menimpa mereka.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan percutian gadis-gadis ini sebagai kenangan terakhir mereka bersama.

‘Last kenangan diorang’

Anak Saya Spatutnya Akan Nikah October Nanti

“Kalau ikut perancangan, arwah Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya.

Oktober tahun depan tapi semuanya Allah dah atur, dia pergi dulu buat selamanya,” kata Hasnida Hassan, 47.

Menurutnya, anak tunggalnya seorang anak yang baik dan menghormati orang tua, malah tidak pernah sesuka hati tanpa pengetahuan dia dan suami.

Saya reda apabila ditakdirkan anak saya meninggal dunia disebabkan kejadian itu, walaupun dia satu-satunya anak yang saya ada

Tetapi Allah dah ambil semula,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Zon Seroja, di sini hari ini.

Hasnida berkata, Sharifah Fariesha bertunang dengan lelaki pilihannya pada Ogos lalu dan dia pernah menyatakan impiannya untuk kahwin dengan tema yang sangat cantik.

Katanya, arwah memang sukakan kecantikan, malah gemar bersolek dan bersiap untuk sentiasa kelihatan cantik.

“Ketika saya menatap wajahnya kali terakhir ketika hendak dikafankan semalam, wajahnya sangat berseri dan bersih.

Dia memang seorang anak yang manja, malah hubungan saya dengan dia bukan saja sebagai seorang ibu dan anak.

Malah dia jadikan saya sebagai kawan serta tempat dia mengadu masalah,” katanya yang bekerja sebagai pembantu makmal di sebuah sekolah di sini.

Menurut Hasnida, dia dan suaminya, Syed Fathi Syed Zain, 60, cuba menghubungi telefon bimbit anak mereka beberapa kali, sejak jam 9 malam kelmarin namun tidak dijawab.

Katanya, dia yang risau berlaku kejadian tidak diingini kemudian menghubungi telefon bimbit tiga rakan arwah dalam kereta itu namun tidak juga dijawab.

Saya rasa dah tak sedap hati apabila anak saya tidak membalas WhatsApp yang dihantar jam 11 malam menyebabkan hati saya makin berdebar.

Arwah jarang tidak membalas setiap WhatApp yang dihantar menyebabkan saya meminta tunang arwah yang bekerja di Sarawak untuk membantu menghubunginya,” katanya.

Hasnida berkata, tunangnya berjaya menghubungi telefon bimbit arwah dan dimaklumkan mereka ditemui dalam keadaan tertidur.

Dalam kereta di stesen minyak di Pulau Pinang dengan enjin dan penghawa dingin yang masih terpasang.

Masa tu dah jam 1 pagi dan saya terus ke Hospital Seberang Jaya di Pulau Pinang dan dimaklumkan.

Arwah anak saya sudah meninggal dunia menyebabkan seluruh badan saya seolah-olah lumpuh kerana kehilangannya katanya.

Hasnida berkata, hubungan Fariesha dan tiga rakannya termasuk pasangan kembar itu sangat rapat malah mereka belajar dalam kursus farmasi di Kuala Lumpur pun bersama.

Katanya, Sharifah Fariesha pula baru empat bulan bekerja di sebuah klinik swasta di Taman Keladi, di sini.

Saya dimaklumkan oleh tunangnya, arwah sempat berpesan kepadanya supaya jaga diri baik-baik kalau dia tiada nanti.

Dia sempat meminta izin dari tunangnya sehari sebelum kejadian untuk ke Pulau Jerejak bersama tiga rakan baiknya sebelum tragedi itu berlaku,” katanya.

Hasnida berkata, anaknya sempat mencium tangannya sebelum keluar dari rumah kelmarin.

Sambil memberitahu sudah berjanji untuk melancong bersama tiga rakannya di Pulau Pinang sempena cuti 16 September lalu.

Perubahan arwah

Katanya, cuma nampak perubahan pada arwah dia kurang bercakap sejak tiga hari lalu sedangkan sebelum ini dia memang ceria.

Pada 20 Oktober ini hari kelahirannya yang ke-21 dan saya rasa sangat sedih kehilangan anak namun sebagai ibu, saya reda dengan ketentuan Ilahi.

Saya minta semua tolong doakan roh anak saya dicucuri rahmat kerana saya dah kehilangan anak yang paling disayangi,” katanya.

Jenazah Sharifah Fariesha selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Laguna, Merbok, di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi semalam, keempat-empat sahabat karib, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri,

Nor Adilah dan Nor Aqilah masing-masing berusia 21 tahun berhenti rehat di stesen minyak berkenaan.

Sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Kenapa bah4ya tidur dalam kereta? Ini fakta anda perlu tahu

APABILA melalui perjalanan jauh, ada antara kita yang akan berhenti di mana-mana hentian rehat atau di tepi jalan untuk melelapkan mata apabila terasa letih.

Jika anda mempunyai tabiat tidur dalam kereta dengan enjin yang tidak dimatikan, mungkin ada baiknya jika tabiat itu dihentikan.

Sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta, kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta.

Ke dalam kabin kenderaan ketika anda sedang tidur akan meningkatkan risiko mati lemas.

Ini kerana, pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.

Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah.

Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death).

Walaupun dengan tingkap dibuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah.

Kesannya, angsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.

Adi kenapa kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin terpasang? Jawapannya mudah.

Kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran. Jika kita mula merasa tidak selesa.

Kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.
Sebaiknya, elakkan tidur di dalam kereta.

Jika perlu berehat semasa memandu jauh, keluar dari kereta dan carilah tempat yang sesuai.

Sumber: Erina Shabina Shabri

Kredit: Ohbulan

Be the first to comment on "Rakaman Detik2 Terindah, Kenangan Terakhir 4 Sekawan Sebelum Menemui Ajal Dlm Kereta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*