Polis terima maklumat kemasukan rakyat negara jiran buat kacau pada hari pengundian

Kota Kinabalu, Polis mendapat maklumat mengenai kemasukan besar-besaran rakyat dari negara jiran untuk.

Membuat kekacauan pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 Sept ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.

Sempena PRN Sabah kita dapat maklumat yang mengatakan akan berlaku kemasukan

Besar-besaran pendatang dari negara jiran untuk datang ke Sabah membuat kekacauan.

Kita kena halang supaya pilihan raya berjalan dengan lancar dan tidak mengganggu-gugat serta.

ketenteraman dan keselamatan kita terjamin,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini hari ini.

Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita beliau enggan mendedahkan sumber risikan.
 
Jumlah yang dijangka terbabit dan jenis kekacauan yang akan ditimbulkan.

Dari negara jiran, tidak payah spesifik lah,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut soalan pemberita berkaitan perkara tersebut.

Sumber :  MalaysiaGazette

Be the first to comment on "Polis terima maklumat kemasukan rakyat negara jiran buat kacau pada hari pengundian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*