Aliff Aziz dipenjara 14 hari, denda

SINGAPURA: Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, 29, dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,518 (S$500).

Selepas didapati bersalah. mencuri dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam oleh Mahkamah Singapura, hari ini.

Suami kepada pelakon dan penyanyi, Bella 0Astillah itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan pada 7 Julai lalu,

Manakala satu lagi pertuduhan mencuri sekotak rokok Marlboro dan pemetik api daripada seorang lelaki .

Di sebuah kafe di Plaza Singapura masih dalam pertimbangan, lapor portal Today Online.

Aliff hadir ke Mahkamah Singapura dalam keadaan kemas berbaju putih, sambil ditemani ibunya, S Hafiza Basharahil, pagi tadi.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan, Aliff dijatuhkan hukuman penjara selama 14 hari berikutan mencuri wang RM911 (S$300) dan sejuta rupiah (S$94).

Milik pelakon dan ahli politik Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri di Hotel Studio M, tahun lalu. Aliff boleh dikenakan hukuman penjara mandatori untuk pertuduhan pertama.

Bagi pertuduhan kedua, Aliff didenda RM1,518 (S$500) berikutan berkelakuan tidak senonoh dengan menjerit dan menunjukkan isyarat.

Menggunakan tangan di tempat awam di Orchards Tower, beberapa bulan lalu, manakala pertuduhan ketiga pula mencuri akan ditimbangkan mahkamah.

Mengikut laporan portal Today Online, Hakim Victor Yeo dipetik berkata, beliau menimbangkan beberapa perkara.

Termasuk luahan penyesalan dan keadaan peribadi yang menyebabkannya melakukan kesalahan.

Saya tahu Aliff memberikan kerjasama baik kepada polis dan sudah memulangkan semula wang dicuri. Alif juga menyatakan hasrat untuk menyumbang bakti kepada masyarakat,” katanya.

Bagaimanapun, Aliff pernah disabitkan kesalahan mencuri pada 2014 dan dikenakan denda sebanyak (RM6073) S$2,000.

Ini bermakna, ia bukan kali pertama Aliff menyalahi undang-undang, lapor portal itu.

Dalam rayuan bagi hukuman lebih ringan, peguam bela Aliff, Murali Pillai daripada Rajah & Tann meminta.

Hakim menimbangkan hukuman penjara antara satu hingga empat minggu bagi pertuduhan pertama.

“Ini memandangkan jumlah wang dalam pertuduhan berkenaan sudah pun dipulangkan. Aliff amat kesal atas perbuatannya,”

Sumbet : BHonline

Be the first to comment on "Aliff Aziz dipenjara 14 hari, denda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*