Timbalan ketua bahagian, 22 AJK Bersatu Langkawi keluar parti

Timbalan Ketua Bersatu Langkawi Shukor Bahari mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar dari parti tersebut, berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Turut meletakkan jawatan dan meninggalkan parti itu ialah 22 daripada 25 ahli jawatankuasa Bersatu bahagian berkenaan.

Shukor berkata susulan pengumuman itu, sebanyak 16 cawangan Bersatu Langkawi yang melibatkan lebih 4,900 ahli turut terbubar secara automatik

Kami ahli Bersatu Langkawi, atas dasar dan sejajar dengan matlamat perjuangan untuk menghapuskan salah guna kuasa, rasuah (kleptokrasi) dan demi membina kemakmuran Malaysia yang mengutamakan agama, bangsa dan negara adalah dengan ini kami bersama sepakat untuk meletakkan segala jawatan di dalam parti Bersatu.

Sumber : malaysiakini 

Be the first to comment on "Timbalan ketua bahagian, 22 AJK Bersatu Langkawi keluar parti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*