MBSA Muatnaik Kenyataan Ini Susulan Penguatkuasa Ditahan. Tapi Ribuan Emoji ‘Ketawa’ Cetus Persoalan

Hasil kuasa viral dan penangan video Asri Janggut, empat orang pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sudah ditahan kerana disy4ki menerima rasvah.

Difahamkan mereka mendapat habuan bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan keg1atan perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh, dekat Kuala Lumpur.

 

Semalam, dalam operasi jam 9 pagi itu tiga pegawai penguat kuasa berusia antara 41 hingga 49 tahun dit4han di ibu pejabat SPRM Putrajaya, ketika dipanggil memberi keterangan.

Susulan penah4nan terbabit, pihak MBSA tampil membuat kenyataan yang dimuatnaik di halaman Facebook ‘Majlis Bandaraya Shah Alam’.

Kenyataan MBSA

” Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam Beri Kerjasama Sepenuhnya Pada Suruhanjaya Penceg4han R4suah (SPRM).

” Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak pada Suruhanjaya Penceg4han R4suah (SPRM) berikutan penah4nan 3 anggota penguatkuasa MBSA.

” Pihak MBSA ingin menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dan melindungi kakitangan yang melakukan salah guna kuasa dan tidak berintegriti.

” Pihak MBSA juga ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya menyalurkan aduan sekiranya ada maklumat berkaitan dengan salah laku kakitangan MBSA dengan melaporkan secara email kepada aduanintegriti@mbsa.gov.my atau menelefon 03-55105133 sambungan 1671

” Sekian. Terima Kasih” tulis kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan itu juga pihak MBSA mengatakan orang ramai boleh membuat aduan terus kepada mereka sekiranya terdapat sebarang aduan berkenaan salah laku pegawainya.

Hantaran tersebut mendapat 1.9k likes, 1.5k komen dan 176 shares setakat pagi ini.

Ribuan warganet tinggalkan ’emoji’ ketawa

Namun apa yang mencuri perhatian adalah apabila ribuan ’emoji’ ketawa yang ditinggalkan.

Ini kerana berdasarkan jumlah 1900 tanda likes tersebut, 1200 warganet memberi tanda emoji ‘ketawa’ dan 77 emoji ‘marah’.

 

Namun jika dilihat kepada komen yang ditinggalkan warganet, tidak hairan kenapa emoji ‘ketawa’ diberikan kerana rata-rata mempersoalkan cara MBSA buat kerja selama ini.

Sebagai contoh seorang warganet berkata pihak MBSA kalau bab saman parking kereta memang ‘champion’, tapi pasal kegiatan lain seperti premis juudi boleh pula dibiarkan berleluasa.

” Salam takziah pada MBSA kerana menhilangkan keyakinan kami pada penguatkuasa ..ternyata anda hanya hebat towing keta salah parking n hebat baca meter je”, tulis Farhan Shukry

Sementara itu orang ramai juga mula mempersoalkan ketelusan pihak MBSA apabila aduan dibuat sebagaimana yang terjadi kepada Asri Janggut.

” Kalau setakat buat aduan lepas tu senyap tiada apa2 feedback baik netizen viralkan jer apa yg berlaku dikawasan jajahan shah alam ni… ini bagi statement play save jer…” tulis Cip Razib

” Hari ni kemain tgk org sungai buloh buat video MBSA meround bagi notis, sebelum ni buat apa?
Dah jadi mcm ni ingt nak salur maklumat kat MBSA ke? Baik terus SPRM.” tulis Mohamad Hazwan

Datuk Bandar Shah Alam bersuara

Terdahulu Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim turut bersuara susulan pended4han video yang ditularkan Mohd Asri

” Saya mengikuti isu ini secara dekat dan perlu mendapatkan laporan terperinci daripada pegawai penguat kuasa MBSA.

” Kita juga ucapkan terima kasih kepada Mohd Asri (Mohd Asri Hamid) atas aduan dibuat.

” Tindakan akan diambil seperti mana rutin yang dijalankan sebelum ini. Saya juga berharap isu ini tidak berpanjangan kerana kita ada banyak lagi kerja untuk diselesaikan.

” Kita hadapi kesukaran, tetapi menjadi tanggungjawab kita untuk terus memastikan peraturan ditegakkan,” katanya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  siakap keli media

 

Sumber : Limau Ais

Be the first to comment on "MBSA Muatnaik Kenyataan Ini Susulan Penguatkuasa Ditahan. Tapi Ribuan Emoji ‘Ketawa’ Cetus Persoalan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*