Cuti sekolah dilanjut hingga 20 Januari

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohd Radzi Md Jidin bercakap kepada media selepas hadir pada National Economic Forum 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 29 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Sesi persekolahan bagi tahun depan akan bermula pada minggu pertama berbanding kebiasaan pada minggu pertama awal tahun.

Menteri Pendidikan, Dr Radzi Md Jidin berkata, cuti persekolahan pada Disember akan dilanjutkan sehingga 20 Januari.

“Persekolahan 2021 perlu dilewatkan kerana periksa kita lewatkan, SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) telah kita lewatkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Peperiksaan SPM dan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) ditangguhkan ke suku pertama 2021.

Sekolah dijadual berakhir pada 17 Disember di negeri yang bercuti pada Jumaat dan 18 Disember bagi negeri-negeri lain.

Cuti akhir tahun dikurangkan daripada 42 hari di Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah kepada 14 hari dan negeri-negeri lain daripada 41 hari kepada 13 hari.

Menurut Radzi, penggal persekolahan bagi tahun 2021 tidak dapat diumumkan lebih awal kerana prosedur perlu diikuti sebelum kalender persekolahan tahun depan ditetapkan.

Beliau berkata, kerajaan ingin memastikan pelajar memperoleh pemahaman maksimum mengenai mata pelajaran yang sepatutnya mereka pelajari tahun ini apabila persekolahan berakhir.

Sumber : MalaysiaGazette

Be the first to comment on "Cuti sekolah dilanjut hingga 20 Januari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*