Shafie: Pengundi akan putuskan antara saya atau Musa

Ketua Menteri Sabah mengumumkan Yang Di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin telah berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Dalam sidang media hari ini, Shafie berkata Juhar menyatakan perkenannya dalam pertemuan pagi ini.

“Setelah buat surat semalam, saya bertemu dengan TYT untuk menyerahkan surat (permohonan pembubaran DUN).

Selepas itu pagi tadi bertemu TYT dan TYT memperakui untuk membubarkan Dewan,” katanya dalam sidang media yang turut disertai sejumlah Adun yang menyokongnya.

Apa pun cerita mereka mahu pergi istana mahu angkat (sumpah) sana angkat sini, Dewan sudah dibubarkan,” katanya lagi.

Sumber : malaysiakini 

Be the first to comment on "Shafie: Pengundi akan putuskan antara saya atau Musa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*