Inul Daratista kongsi cabaran jadi artis, diminta ‘upah’ selepas rakaman suara

PENYANYI dangdut Indonesia Inul Daratista mengakui perjalanan kariernya tidak bermula dengan kenangan manis.

Berkongsi kisah pertama kali ke Jakarta pada tahun 2002, Inul mendedahkan diminta memberi upah kepada seorang penerbit selepas proses rakaman suara.

Penyanyi Kocok-Kocok ini yang masih naif pada ketika itu menyangka upah yang dimaksudkan adalah wang tetapi rupa-rupanya adalah hubungan intim.

“Saya pernah menyertai satu uji bakat yang dijalankan oleh sebuah syarikat rakaman di Jakarta. Saya hampir diperkosa. Lepas selesai merakam lagu, ditinggalkan begitu saja… siap minta upah.

“Saya anggap upah yang diminta adalah wang jadi saya hampir beri dia wang kontrak saya. Tetapi rupanya dia mengajak saya melakukan hubungan intim. Saya menolak dan terus pulang,” katanya.

Selepas kejadian itu, Inul membatalkan niatnya untuk menceburi bidang hiburan dan bersedia untuk pulang ke kampung.

Namun, penyanyi dangdut ini tidak putus asa untuk mengejar impian sebagai seorang penyanyi.

Pengalaman itu dikongsi Inul menerusi rancangan Kerennya Rumah Pondok Indah yang dimuat naik di saluran YouTube Melaney Ricardo pada Isnin.

Sumber: liputan6

Be the first to comment on "Inul Daratista kongsi cabaran jadi artis, diminta ‘upah’ selepas rakaman suara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*