Hasrat tonton wayang dari dalam kereta hampir tercapai, kerajaan benarkan ‘drive-in cinema’

KUALA LUMPUR: Hasrat rakyat negara ini untuk menonton filem di dalam kenderaan hampir menjadi realiti apabila kerajaan hari ini membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk (drive-in cinema).

Bagaimanapun, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing.

Selain itu, SOP yang perlu dipatuhi adalah penjualan makanan dibuat dalam talian dan mengambil makanan secara pandu lalu (drive-thru).

“Petugas Rela juga perlu ditempatkan untuk mengawal pergerakan pengunjung,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jelas Ismail Sabri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperincikan SOP berkaitan aktiviti tersebut bagi rujukan semua operator yang terlibat.

Sumber:Astro Awani 

Be the first to comment on "Hasrat tonton wayang dari dalam kereta hampir tercapai, kerajaan benarkan ‘drive-in cinema’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*