Pasangan Muslim menyelamatkan anjing terbiar

Anjing merupakan salah satu haiwan yang tergolong dalam hukum yang haram untuk disentuh secara sengaja dalam Islam.

Selain khinzir dan menyentuh haiwan tersebut secara santai perlu dijauhi oleh masyarakat Islam.

Namun, sepasang suami isteri di Shah Alam mengambil keputusan untuk menyelamat dan melindungi.

Anjing liar atas sifat belas kasihan, kerana ia tidak bertentangan dalam ajaran Islam.

Nurul Ain Abdul Hamid, 28 tahun dan suaminya Muhammad Razeef Che Samah, 39 tahun mengusahakan SI Home Shelter.

Sebuah pusat perlindungan haiwan yang menempatkan 10 ekor anjing, dan 400 ekor kucing terbiar di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Menurut Nurul Ain kepada Malaysiakini, beliau mengingati bagaimana usaha menyelamatkan anjing terbiar di jalanan itu bermula.

Menurutnya, dia dan suami sama-sama membesar dengan dikelilingi anjing.

Sebagai haiwan penjaga di ladang penternakan keluarga mereka di kampung.

Pada tahun 2018, mereka menemui seekor anjing liar bernama Marvella yang telah didera sehingga kedua belah kaki depannya hancur.

Seorang bekas pekerja Nurul Ain, yang kini bekerja sebagai peniaga dalam talian, telah menghubunginya dan mengadu tentang haiwan malang berkenaan.

Kerana Nurul Ain ketika itu sudah menguruskan SI Home Shelter, yang hanya melindungi kucing-kucing terbiar.

Dalam satu posting di Facebook, Nurul Ain merayu kepada sesiapa yang boleh menjaga anjing tersebut, dan oleh kerana tiada siapa yang mahu.

Maka mereka membuat keputusan untuk mengambil anjing ini dan melindunginya sendiri.

“Ketika saya dan suami menjumpai Marvella, kedua-dua kaki depannya telah hancur. Kami membawanya ke doktor haiwan yang memberitahu bahawa.

Kaki depannya tidak lagi berfungsi. Dia menasihatkan untuk membiarkannya sahaja tetapi malangnya, kaki depan Marvela telah teruk dijangkiti,” katanya

Kedua kaki anjing itu terpaksa dipotong, tetapi Marvela cekal bertahan dengan melalui semua penderitaan itu.

Dan akhirnya menarik perhatian pelawak Harith Iskander dan isterinya Dr Jezamine Lim, yang kemudian menjadi penjaganya.

Nurul Ain bersama suaminya telah menyelamat dan melindungi 10 ekor anjing lain di SI Home Shelter sejak itu, yang pada mulanya melindungi kira-kira 400 ekor kucing terbiar dan sakit.

Wang perbelanjaan sebanyak RM15,000 diperlukan untuk membiayai bil utiliti pusat perlindungan, bil perubatan.

Makanan termasuk upah pekerja yang datang daripada sumbangan derma masyarakat, dan juga duit poket peribadi pasangan itu sendiri.

Nurul Ain mengakui bahawa pekerjaan menyelamat anjing terbiar sering dipandang serong oleh masyarakat Melayu. 

Tetapi mengatakan ia tidak sedikit pun mengganggu kerana beliau tahu apa yang dilakukannya hanya dengan niat yang baik.

“Saya tidak sesuka hati menyentuh anjing dan mengambil gambar bersamanya dan selepas itu memuat naiknya di media sosial.

Untuk mengelak salah faham dan mengundang tohmahan. Sebenarnya, ketika saya terserempak dan bertemu anjing liar ini.

Saya akan merawat dan melindungi mereka di pusat perlindungan. Saya tidak keluar mencari mereka. Ini semua adalah takdir.

katanya sambil merujuk kepada semua anjing yang telah diselamatkannya. Nurul Ain juga memberi jaminan bahawa beliau menunaikan kewajiban dalam Islam.

Dengan bersuci menurut hukum menyentuh haiwan haram seperti mana cara yang telah ditetapkan, setelah berurusan dengan anjing.

Setelah melihat kes-kes anjing diracun oleh golongan yang tidak menyukai haiwan itu, Nurul Ain berkata bahawa larangan menyentuh anjing itu.

Sekiranya ia dibuat secara suka-suka, dan ini tidak bermakna seseorang itu boleh dengan sesuka hati mendera atau menganiaya anjing.

“Anjing juga merupakan makhluk ciptaan Allah dan dalam Islam, terdapat beberapa kisah berkenaan anjing.

Seperti kisah pelacur yang memberi air kepada anjing jalanan dan dimasukkan ke syurga kerana perbuatan mulianya itu,” jelasnya.

“Kita selalu diingatkan berkali-kali dalam Islam, berbuat baik kepada semua haiwan dan miliki perasaan belas kasihan.

Jadi, ketika kita melihat seekor anjing terbiar dan sakit yang memerlukan bantuan, kita perlu menyelamatkannya,” kata Nurul Ain.

“Saya berharap orang ramai melihat anjing sebagai makhluk tidak bersalah yang perlu disayangi dan diberikan perhatian.

Sama seperti haiwan lain. Tidak semua anjing itu agresif. Sekiranya kita membiarkan mereka hidup dengan baik, mereka tidak akan menyerang kita,” tambahnya.

Semoga pekerjaan mulia serta tujuan murni Nurul Ain dan suaminya terus mendapat sokongan padu masyarakat seperti mana yang mereka perlukan, demi menyelamatkan haiwan terbiar yang telah didera.

Sumber : ERA BARU

Be the first to comment on "Pasangan Muslim menyelamatkan anjing terbiar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*