Salleh mohon sertai semula UMNO – Bung Moktar

KOTA KINABALU: UMNO Sabah sudah menerima surat permohonan bekas Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak untuk menyertai semula parti.

Kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata surat permohonan Salleh itu diterima UMNO Sabah satu atau dua minggu lalu.

“UMNO sudah pun menerima permohonan (Salleh) secara rasmi dan saya telah memanjangkannya (permohonan) kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk dipertimbangkan dan diperhalusi

Sedang dalam proses diberi pertimbangan dan kelulusan. UMNO Sabah terbuka iaitu kita membuka pintu kepada mana-mana bekas ahli dan pemimpin.

Daripada mana-mana parti termasuk daripada UMNO dahulu yang ingin kembali (menyertai UMNO semula), kita terima,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Terdahulu, Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah menerusi catatan dalam blog beliau sallehsaid.com memaklumkan bahawa beliau telah membatalkan permohonannya untuk menyertai PKR.

Beliau mengambil keputusan itu pada April lalu selepas memikirkan secara mendalam dan mengambil kira landskap politik hari ini termasuk pergolakan dalaman PKR.

Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia memohon menyertai PKR pada Oktober tahun lalu selepas beliau bersama sebilangan besar kepemimpinan UMNO Sabah meninggalkan parti pada Disember 2018

Sumber:BHOnline 

Be the first to comment on "Salleh mohon sertai semula UMNO – Bung Moktar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*