Pemilihan Shafie sebagai ‘PM’ dipersetujui DAP, AMANAH, WARISAN – Tun M

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cadangan supaya Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya dipersetujui sebulat suara dalam pertemuan tidak rasmi gabungan itu kelmarin.

Dr Mahathir dalam kenyataan petang tadi berkata, perbincangan tidak rasmi itu dihadiri Shafie, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; beberapa pimpinan DAP termasuk Setiausaha Agung, Lim Guan Eng; Tan Kok Wai, Anthony Loke, M Kulasegaran dan Liew Chin Tong. Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Wira Marzuki Yahya turut hadir.

“Kami membincangkan banyak perkara berkaitan keadaan negara pada masa kini dan masing-masing melahirkan rasa risau terhadap beberapa perkembangan semasa.

“Dalam perbincangan, saya terbuka kepada apa juga cadangan termasuk saya tidak dicalon sebagai bakal Perdana Menteri, justeru antara cadangan yang dikemukakan ialah pencalonan Shafie sebagai Perdana Menteri,” katanya

Selain menyatakan sokongan penuh terhadap calon baharu bakal Perdana Menteri berkenaan, Dr Mahathir berkata mesyuarat mencapai persetujuan untuk mencadangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir, masing-masing sebagai calon Timbalan Perdana Menteri I dan Timbalan Perdana Menteri II.

Mengulas asas pencalonan, Dr Mahathir menjelaskan Shafie adalah antara pemimpin asal yang menentang kerajaan kleptokrasi, sejak PRU-14 sehingga menyaksikan Presiden WARISAN itu menjadi mangsa penyingkiran daripada Kabinet oleh Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menaruh kepercayaan pendekatan untuk mengetengahkan Ahli Parlimen Semporna itu berupaya merapatkan lagi hubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Saya juga percaya apa yang kita cadangkan ini dapat diterima oleh rakyat sebagai bukti bahawa personaliti dalam pemimpin parti pembangkang tidak utamakan kedudukan dan jawatan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau juga akan mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila Dewan Rakyat bersidang bulan depan.

Sementara itu, Mohamad Sabu dan Guan Eng, dalam kenyataan bersama berkata usul untuk mengangkat Shafie sebagai calon Perdana Menteri ialah pilihan baharu untuk merealisasikan usaha mengembalikan mandat rakyat.

Bagaimanapun, cadangan itu disifatkan perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat AMANAH dan DAP terlebih dahulu, selain dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk diputuskan secara bersama.

Sumber:BHOnline 

Be the first to comment on "Pemilihan Shafie sebagai ‘PM’ dipersetujui DAP, AMANAH, WARISAN – Tun M"

Leave a comment

Your email address will not be published.

*